Isnin, 8 Disember 2014

Kerut di Dahi

Semalam nampak kerut di dahi,
Jelas tak terselindung lagi,
Apabila kuminta kaulindungi pipi,
Apabila kuminta kausembunyikan kaki.

Aku sedar engkau tak selesa,
Bertopeng sepanjang masa,
Tapi apakan daya,
Tidak ada pilihan kedua.

Sayang, semua ini adalah untukmu,
Supaya esok mudah bertemu,
Ingatlah hidup ini bagaikan penjara,
Dan kita akan bebas jua.

Kota Bharu,
Kelantan.