Sabtu, 3 Mei 2014

Aku Melangkah


Kuharap langkah ini langkah pertama,
Sahutan seruan ke syurga, sahutan menggema,
Langkahku ini langkah yang gagah,
Langkah berani, moga langkahan penuh berkah,
Sambil tangan kugenggam kemas, lidah kugerak kumat,
Berteriak dari dalam diri: aku ingin ke syurga!

Jauh kutinggalkan duniaku jauh,
Jauh-jauh jauh nan jauh,
Moga tidak akan kembali lagi,
Sekali-kali, tidak akan sekali lagi.

Langkah ini langkah yang padu,
Langkahan menuju duniaku yang baru.

7/6/2010
Jordan.
(3/5/14
Malaysia)