Selasa, 11 Jun 2013

Kull Bermaksud Ba’dh?

Antara polemik yang berlarutan sehingga ke hari ini adalah isu bid’ah. Sejak kemunculan bid’ah kecil-kecilan pada zaman awal sahabat radhiyallahu’anhum sehinggalah terbitnya bid’ah raksasa pada hari ini, isu ini terus diminati ramai. Muda dan tua. Orang awam dan ulama. Ramai juga yang sudah jemu. Tetapi, agama tetap perlu dipertahankan. Biar apa mereka kata. Kebenaran tetap kebenaran.

Andai dibiarkan sahaja mereka berbicara, pasti akan rosak binasalah agama dengan kreativiti-kreativiti mereka mengubah suai agama. Menurut peredaran zaman gamaknya. Mulut mereka perlu ditutup. Mereka perlu diajar. Ingin merosakkan agama atas nama agama. Mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pencerobohan mereka ke atas kesucian agama. Antaranya, mentakwilkan kull dalam hadis ‘kull bid’ah dhalalah’ sebagai ba’dh! Tujuan mereka hanya satu: apabila kull dalam hadis tersebut diubah menjadi ba’dh, ertinya mereka boleh melakukan banyak perkara bid’ah yang mereka namakan sebagai bid’ah hasanah. Ops, ini rahsia sulit mereka!

Adakah bid’ah terbahagi kepada dua: hasanah dan sayyi’ah; atau lima: wajib, sunat, harus, makruh, haram; atau sekian-sekian banyaknya? Ulama-ulama telah membincangkan perkara ini panjang lebar. Ada yang bersetuju dengan pembahagian ini dan tidak kurang yang menolaknya. Namun, yang bersetuju bukan memaksudkan bid’ah secara istilah tetapi bid’ah secara bahasa. Bid’ah secara bahasa mencakupi semua perkara baharu. Perkara-perkara baharu ada yang baik dan ada yang buruk. Inilah yang dikatakan: bid’ah ada yang hasanah dan ada yang sayyi’ah. Jadi, khilaf ini khilaf lafdzhi semata-mata. Masing-masing mereka menolak bid’ah dalam agama. 

Barang kali ulama-ulama yang membahagikan bid’ah kepada banyak memang memaksudkan bid’ah secara istilah. Tetapi sebenarnya bid’ah hasanah atau bid’ah wajib dan sunat yang dimaksudkan oleh mereka bukan bid’ah yang difahami oleh ulama-ulama yang mengatakan semua bid’ah adalah buruk kerana bid’ah-bid’ah tersebut hakikatnya mashalih mursalah dan seumpamanya; bukannya bid’ah dalam erti kata yang sebenarnya.

Apa-apa pun tidak dinafikan terdapat ulama-ulama yang memang mengatakan ada bid’ah yang baik dalam agama ini. Pendapat yang silap inilah yang dijadikan sandaran oleh pejuang-pejuang bid’ah sejati ini. Tetapi mereka menghadapi masalah besar apabila hadis yang disepakati kesahihkannya antara kedua-dua pihak mengatakan: kull bid’ah dhalalah. Mereka mencari-cari alasan. Mereka mesti menang kerana mereka anak murid wali-wali. Wali abdal dan wali kutub. Mereka pun bersepakat mengatakan: kull bermaksud ba’dh. Habis cerita. Kononnya. 

Golongan penentang bid’ah ramai yang tidak tahu menjawab syubhah mereka ini. Memang mereka ada menjawab tetapi jawapan mereka tidak kemas. Mereka kata, kull apabila disandarkan kepada perkataan yang nakirah memberi makna umum. Haha. Ini bukan jawapannya. Jawapannya: setiap kull memberi makna umum sehinggalah ada qarinah yang menafikannya. Jadi, adakah ada qarinah yang mengubah makna kull dalam hadis kepada ba’dh? Jawapannya, tidak ada. Walhasil, kull bid’ah dhalalah tetapi menjadi kull bid’ah dhalalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan