Selasa, 22 Januari 2013

Catatan pada Biografi Syeikh Nur al-Din al-Raniri

Syeikh Nur al-Din al-Raniri (w. 1069 H) yang membela pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah di Acheh daripada serangan pemikiran Wahdah al-Wujud yang dikembangkan oleh Hamzah al-Fanshuri dan Syams al-Din al-Sumatrani telah berdebat dengan penganut-penganut ajaran Wahdah al-Wujud dalam satu majlis perdebatan umum yang diadakan oleh Sultan Iskandar Tsani.

Tahukah anda siapakah yang menang?

Menurut satu riwayat, penganut-penganut Wahdah al-Wujud yang menang. Syeikh Nur al-Din al-Raniri dikatakan pulang ke India, kampung halamannya kerana kalah dan meninggal di sana.

Menurut satu riwayat lagi, Syeikh Nur al-Din al-Raniri yang menang. Ekoran kekalahan penganut-penganut Wahdah al-Wujud dihukum bunuh oleh pihak pemerintah. Kitab-kitab Hamzah al-Fanshuri juga dibakar di Masjid Bait al-Rahman.

Sebetulnya, siapakah yang menang?!

Demikianlah apabila sejarah dilihat dari sudut pandangan mazhab dan ideologi masing-masing. Yang kalah dikatakan menang, yang menang dikatakan kalah. Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.

Isnin, 21 Januari 2013

Catatan

Nabi Isa AS tidak pernah mengajarkan umat baginda supaya menyambut kelahiran baginda. Lama kemudian, mereka menciptakan satu perayaan sempena kelahiran baginda.

Maka, terciptalah Hari Krismas.

Nabi Muhammad SAW pun tidak pernah mengajarkan umat baginda supaya menyambut kelahiran baginda. Lama kemudian, mereka menciptakan satu perayaan sempena kelahiran baginda.

Maka, terciptalah Maulid al-Rasul!

Isnin, 14 Januari 2013

Jawapan Mengancam 13 Penelitian Mazrisyam


Mazrisyam, seorang lulusan Universiti Mu'tah, Jordan pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan bid'ah. Beliau mengatakan, tidak semestinya apa yang Rasulullah SAW tinggalkan adalah bid'ah. Untuk merungkai persoalan tersebut, saya telah tulis risalah Meluruskan Kekeliruan Mazrisyam Berhubung Masalah Bid'ah. Kemudian, beliau menjawab balik risalah tersebut dengan mengemukakan 13 penelitian. Saya pun menjawab balik kesemua 13 penelitian tersebut dengan risalah yang baharu. Kesemuanya 79 halaman.

Muat turun kedua-dua risalah tersebut melalui pautan di bawah:

http://archive.org/details/MeluruskanKekeliruanMazrisyam-JawapanMengancam13PenelitianMazrisyam

Rabu, 2 Januari 2013

Meluruskan Kekeliruan Mazrisyam bin Sharif


Mazrisyam bin Sharif telah mengeluarkan kenyataan di atas untuk membela bid'ah-bid'ah yang dianggapnya sebagai bid'ah hasanah dalam agama. Maka, saya tertarik untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada dicemari dengan pemikiran yang dibawa oleh beliau menerusi risalah 'Meluruskan Kekeliruan Mazrisyam bin Sharif'.

Sila muat turun melalui pautan berikut: 
http://archive.org/download/MeluruskanKekeliruanMazrisyamBerhubungMasalahBidah_439/MeluruskanKekeliruanMazrisyam.pdf