Sabtu, 13 Oktober 2012

Tanjung Harapan




Di mana lagi harus kucari
Cinta si puteri cinta si bidadari
Gamaknya bertemu di Nilam Puri
Sia-sia sahaja usaha; letih kuberlari.

Perlukah kubawa jiwa
Jauh-jauh dari Malaya
Meniti Segenting Kera
Mendaki Banjaran Himalaya
Singgah di Umm al-Qura
Melewati Semenanjung Gaza
Sebelum melangkah ke Giza
Kembara di Gurun Sahara
Menyalami singa di savana
Beristirehat di selatan Afrika
Sampai bertemu hujung usia?

Aku hanya mampu mengharap
Dengan harapan nan berat 
Dengan impian nan sarat
Di balik jubah biruku
Semoga diriku laku
Untuk kali kesekian ini
Untuk diri sekerdil ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan