Jumaat, 6 Julai 2012

Masalah Berguru dalam Menuntut Ilmu


Berguru dalam menuntut ilmu-ilmu agama adalah satu kemestian bagi sesiapa yang mampu. Selain untuk mendapatkan keberkatan, berguru adalah satu-satunya cara untuk memastikan ilmu-ilmu yang diperoleh adalah benar-benar tepat.

Barang kali ramai yang berpandangan pandangan ini adalah pandangan golongan pondok dan sufi sahaja. Sebenarnya, ini juga pegangan ulama-ulama ahli hadis, Hanabilah, dan Salafiyyah.

Dalam sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Da'imah li al-Buhust al-'Ilmiyyah wa al-Ifta' yang dipengerusikan oleh Syaikh 'Abd al-'Aziz bin Baz disebutkan:

يجب أخذ العلم عن طريق العلماء العاملين، لا عن مجرد الكتب والأشرطة؛ لأن العلماء يوضحون الغامض، ويشرحون المشكل، ويوجهون إلى الفهم الصحيح، والكتب والأشرطة العلمية مجرد وسائل يستعان بها على طلب العلم، إذا كانت كتبا وأشرطة موثوقة، صادرة عن علماء، لكن لا يقتصر عليها.

Terjemahan: wajib mengambil ilmu melalui jalan ulama yang beramal (dengan ilmu mereka) bukan dengan sekadar membaca kitab dan mendengar kaset kerana para ulama menjelaskan kekeliruan, menerangkan kemusykilan, dan memandu mereka kepada kefahaman yang benar sedangkan kitab dan kaset-kaset ilmiah hanyalah sarana yang digunakan untuk membantu menuntut ilmu sekiranya kitab-kitab dan kaset-kaset itu boleh dipercayai dan berasal daripada alim-ulama tetapi tetap tidak boleh berpada dengannya. [jil. 12, hal. 97]

Tetapi, guru-guru yang benar-benar guru sangat-sangat kurang pada hari ini. Yang ramainya, orang-orang yang menjual agamanya untuk dunia dan menyembunyikan kebenaran - bahkan menolaknya -. Sama ada dengan menjaja bid'ahnya, meriwayatkan hadis-hadis maudhu', menyebarkan riwayat-riwayat khurafat dan karut-marut, tidak amanah dalam ilmu, atau dengan mengubah hukum-hakam sesuka hati.

2 ulasan:

  1. Sebab itulah aku berguru dengan buku kerana tak puashati dengan cara mereka yang suruh bertaqlid sahaja.Alhamdulillah aku bertemu dengan buku yang pertama penuh dengan hujjah alquran dan sunnah.Akibatnya aku tersangat dahaga akan ilmu ini.Orang lain yang bertaqlid kata 'kau berguru dengan hantu' dan aku jawab hantu tak tulis buku.Bagaimana jika buku itu ditulis oleh Imam Syafie? Banyak lagi andaian muqallid yang berjela-jela maknanya aku mesti ikut mereka sahaja.Aku disini berittiba bukan taqlid.

    BalasPadam
  2. kadang-kadang ini dijadikan alasan untuk orang yang dengki menolak hujjah orang lain. Padahal dia sendiri jahil yang amat. saya selalu saja dibantah... owh kamu sekadar belajar dengan buku dan dari internet.

    Saya katakan memanglah belajar dari guru itu yang terbaik, tetapi itu tidak dapat menafikan keperluan dan kepentingan belajar dengan membaca. Tambahan pula zaman kita yang amat kurangnya ustaz yang berilmu. Contohnya di tempat saya, tiada kuliah agama di masjid, kalau ada pun itu hanyalah untuk standard yang rendah yang mana saya dahagakan kualiti yang lebih tinggi.

    Maka terpaksalah saya membaca buku-buku dan banyak mendengar ceramah dalam youtube terutamanya ceramah maulana asri.

    BalasPadam