Jumaat, 23 Mac 2012

Klise


Ya, tidak ada benda baharu. Masih tentang isu bersendiri yang dibangkitkan oleh sanubariku. Huhu. Mencari teman hidup? Hu! Aku mengalah. Tidak perlu berbicara lagi tentang itu. Pasrah dalam penantian.

Bersendiri itu sudah menjadi bilik yang didiami oleh insan-insan terpilih dan aku adalah salah seorang daripada mereka. Aku merasa menyendiri sejak kecil lagi. Tatkala aku mula membaca kitab Ihya' 'Ulum al-Din dan menghayati panaroma manusia zaman sekarang. Tertitik air mata melihat manusia mula meminggirkan ajaran Tuhan. Dengan auratnya, sosialnya, dan segala-galanya yang diajar oleh ustaz-ustazku sebagai sesuatu yang haram.

Kini, setelah aku mengecapi nikmat mendalami agama jauh dari rantau ibundaku, di bumi Syam sini, aku semakin sedih. Sedih amat. Amat sedih. Amat sedih amat?! Kerana aku menemui bahawa banyak lagi perkara yang diharamkan syariat yang tidak disebutkan oleh guru-guru saya dahulu. Yang baru saya temui sebentar tadi. Huhu!

Aku masih bergomo dengan sahabat-sahabatku yang masih tidak mahu memahamkan diri mereka apa yang aku perjuangkan. Mereka ingat aku bawa ajaran Islam Hadharikah? Atau Wahhabiyyah; ataupun 'Asya'irah? Nah, atau mereka memang tidak sukakan daku, namaku, dan diriku? Adakah mereka memilih orang untuk menerima kebenaran?!

Haha!

Aku tidak mahu bercerita tentang perasaanku memanjang. Ayuh, kita mulakan dakwah kita; menyeru kepada Islam.

Ya, bukan bertaqiyyah kerana aku adalah Muslim.

Muslim menyeru kepada Islam.

Jangan takut, Allah bersama mereka yang memperjuangkan agamanya.

Jika dahulu, musuh baginda Rasul shallallahu'alaihiwasallam merupakan kafir musyrik, ahli kitab, dan munafik. Kini, kita berdepan dengan kafir musyrik, ahli kitab, munafik, ahli bid'ah, ahli ra'y, orang-orang awam yang jahil, ustaz-ustazah yang buat-buat alim, sahabat-sahabat yang taasub mazhab, dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di pasar-pasar raya di seluruh dunia; dan di dalam rumah anda!

لا يمنعن أحدكم رهبة الناس إذا رأى أمرا لله فيه حق أن يذكره تعظيما لله

Terjemahan: janganlah kerana takutkan manusia salah seorang daripada kalian terhalang daripada menegur apabila melihat sesuatu perkara yang mencabuli hak Allah sebagai membesarkan Allah... [Ahmad (11082); al-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir (2804)]

Sekian.

Biarkan diri ini kesunyian lagi. Huhu.

Wassalam.