Rabu, 11 Januari 2012

Aku Masih Hidup

Ana masih hidup lagi. Tidak mati. Ana kata begitu kerana barangkali sahabat-sahabat hairan mengapa al-Kutawi sudah lama tidak menulis. Dulu, blog ini hangat dengan isu-isu kontroversi. Sekarang, sunyi.

Sahabat, ana sedang sibuk dengan perkara-perkara lain. Banyak. Selain itu, ana kira tidak ramai yang mencari kebenaran dan mengkaji. Jadi, membuang masa sahajalah kalau ana menulis dan memuatkannya dengan dalil-dalil hadis dan kata-kata ulama. Mereka tuli, bisu, dan buta. Tidak mahu melihat kebenaran.

Jadi, ana mengambil keputusan untuk tidak menulis. Tetapi, kalau keadaan mendesak, menjadi kewajipan kepada ana untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Al-Auza'i, imam ahli Syam mengatakan: hendaklah kamu berpegang dengan peninggalan orang-orang terdahulu dan berhati-hatilah dengan pendapat lelaki itu walaupun ia menghiasinya dengan kata-kata. Sesungguhnya urusan ini akan jelas dan engkau berada di atas jalan yang lurus.

Wassalam.

2 ulasan:

  1. >Selain itu, ana kira tidak ramai yang mencari kebenaran dan mengkaji. Jadi, membuang masa sahajalah kalau ana menulis dan memuatkannya dengan dalil-dalil hadis dan kata-kata ulama. Mereka tuli, bisu, dan buta. Tidak mahu melihat kebenaran.

    Husnudzhon itu penting, tidak ramai yang mencari kebenaran, tapi ramai lagi yang memerlukannya..(bukan nasihat, cuma perkongsian)

    BalasPadam