Khamis, 8 September 2011

Kalam Ulama; Hadis Maudhu' dalam Ihya' 'Ulum al-Din II

Sebagai melanjutkan keterangan kami, kami bawakan lagi kata-kata tokoh ulama terulung Nusantara, Haji 'Abd al-Malik Karim 'Amr Allah yang lebih dikenali sebagai HAMKA dalam kata alu-aluan beliau bagi terjemahan Ihya' 'Ulum al-Din dalam bahasa Melayu Indonesia.

Kata beliau: kadang-kadang beliau menganjurkan hidup membujang tak usah beristeri supaya beban hidup dalam munajat kepada Tuhan menjadi ringan padahal ajaran asli Islam tidak mengajarkan demikian. Dan yang lebih penting lagi, sebagai seorang ahli fikir yang bebas dan besar, beliau membebaskan fikirannya dari pengaruh pentafsir-pentafsir terdahulu daripadanya tetapi hadis-hadis yang dijadikannya dalil kerap kali tidak memperhatikan ilmu sanad hadis sehingga sebagaimana ditulis oleh ayahku dan guru Syaikh 'Abd al-Karim Amr Allah dalam bukunya Sullam al-Ushul, membaca Ihya' mesti hati-hati kerana banyak hadisnya lemah.

Tambah beliau: itulah menjadi bukti bahawasanya seorang sarjana atau seorang failosof yang besar tidaklah melengkapi ilmunya dalam segala bidang. Al-Ghazali lemah dalam ilmu hadis tetapi dia besar dalam penciptaan fikiran. Sebagaimana juga ulama-ulama ahli hadis kebanyakannya tidak sanggup buat menciptakan fiqh atau mengeluarkan faham bebas sebab amat terikat oleh hadis-hadis sehingga fikirannya menjadi buntu kerana kekuatan hafalan. [Ihya' 'Ulum al-Din terjemahan oleh Ismail Yakub, Victoria Ajensi, cet. kelima 1977 M, hal. 16]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan