Sabtu, 28 Mei 2011

Dengarkan Jawabku

Dengarkan Jawabku

Beberapa ketika sebelum maghrib, sahabat akrabku yang aku namakan ‘Sahabat A' mengirimkan dialog maya antaranya dengan seorang sahabat kepadaku melalui rakan sebilikku melalui ‘pendrive’. Aku pun cepat-cepat membukanya. Inilah isinya:

Sahabat B: knpa taasub sgt ngan qaul2 yg dia pegang tuh

spatut meraikan qaul2 ulama yg len

dia hanya menaqalkan

Sahabat A: jawab blk die

Sahabat A: dgn ilmiah

Sahabat B: x mencari lebih daqiq perihal yg dia buat

ye..

ana xde id dia

enta tolong gtaw dia

amek madah asalib bahas

blaja adab2 nk menulis dulu

nk menulis biar ade adab

die amik dah asalib bahas

nk menaqal kalam ulama biar beradab

dah amek dah?

dah tuh,duk taasub camtuh

Sahabat A: ana x amik lagi

Sahabat B: ape hei

Sahabat A: kat mane yg salah ye??

Sahabat B: enta bukak la dulu

buku asalib bahas

tu

nk suh ana terangkan

susah la

Sahabat A: ehh...

Sahabat B: tgah panas nih!!

Sahabat A: terang la

Sahabat A: ana ni x tau

Sahabat A: sabor

Sahabat A: nabi kate la taghdob 3 kali

Sahabat B: enta blajo ngan kutawi tue dulu

pastu ana tanye entabalik

dia ajar enta apa

Sahabat A: x kan sbb nta ade buku nta nak marah??

Sahabat B: ??

ada buku?

buku apa lak nih

Sahabat A: smlm ana nmpk buku yg kutawi sebut kat katil nta

Sahabat B: xde la pasal kitab tuh

Sahabat A: mafahim yajib an tusahhah

Sahabat B: ana geram ngan dia

nape hanya memilih khilaf,ikut sedap hati dia

separuh lagi

die meninggalkan khilaf

hanya meraikan khilaf yg die senang pd hatinya

satu lagi,nape dia selalu cepat menaqal kata2 ulama

x usul periksa dulu ke

die dh bace ke kitab mafahim tue

dalam kitab mafahim yajib an tusahhah tue,ade aqwal ulama,mengiktiraf yg sayyid alawi tulis

bukan seorang

Sahabat A: ermm...

Sahabat A: x pe la

Sahabat A: nnti ana cube tanye die

Sahabat B: lebih sepluh yg iktiraf kitab dia

nk banding ngan qaul ulama syeikh alu tue

seorang

nk lawan ulama2 yg mengiktiraf kitab die

perlu beradab la

rujuk dulu kitab mafahim tue

baru adil

dari segi qaul syeikh alu

n pd sayyid alawi almaliki

Sahabat A: ermmm..

Sahabat A: saje nak tanye

Sahabat A: ape maksud nta

Sahabat A: yg die pilih khilaf ikut hati die je

Sahabat A: yg separuh lagi die tggl

Sahabat A: ??

Sahabat B: cuba enta bace sume tulisan blog die

nape hanya separuh je

yg die perkatakan

yg ade masalah khilaf,dan qaul2 ulama

tp dia cuba menuutup

khilaf2 tersebut

pastu,dalam masalah2 lain

ade plak die bukak

pasal khilaf2 nih

sebut kitab2 skian

qaul2 skian

dalam maslah musik contohnya

enta tolong tanye die,die duk zaman abu hanifah ke skang nih

die duk zaman saidina abu bakar ke skang nih

pastu mane taalil

addin taghoyyur 'ala mururi zaman??

mane?

mane yg die blajo

dalam usul feqh am

uruf?

masolih mursalah?

dia tinggal mane sume tue?

cuba tanye die balik,zaman skang nih,sama ke ngan zaman saidina abu bakar,yg rata2 majoriti msih berpegang dgn agama,minoriti yg menolak

ke die duk zaman abu hanifah

ke die duk zaman syeikh albaani

kalo die duk zaman sekian,ana boleh terima qaul dia

tp kalo x

suruh die bukak minda sket

amek qaul muasoroh

qaul2 muasoroh

terbina atas ilmu

diistinbatkan dgn hukum2 yg depa plajar

bukan kuar hukum ikut sedap depa

macam ana marah kat enta plak ye

enta sampaikan kat dia pun

lagi bagus

nk taw

die balas ape

Sahabat A: ermmm...

Sahabat A: x terasa pon

Sahabat A: insyaAllah

Sahabat A: ana cube sembng ngan die

Sahabat A: tp byk sgt

Sahabat B: die tuh

taasub sgt

Sahabat A: ana x ingat semua point

Sahabat B: syadid melampau

qaul muasooh x terima

maklumlah kan

die kat zaman saidina ustman

zaman abu yusuf.

Wahai sahabatku yang kuraikan, dengarkan jawapanku. Satu-persatu. Jangan gopoh membacanya. Bertenang.

Sahabatku perlu faham ilmu-ilmu Islam dengan baik. Dunia Islam terlalu luas sedangkan aku lihat engkau masih belum meneroka walaupun satu belantara dunia ilmu Islam. Janganlah engkau cepat melatah mendengar kata-kataku ini. Kalau umur engkau dipanjangkan Allah, kelak, engkau akan tahu bahawa apa yang aku ujarkan ini adalah benar.

Khilaf di sisi ulama ada dua iaitu khilaf muktabar dan khilaf tak muktabar. Khilaf yang muktabar perlu dihormati sedangkan khilaf tak muktabar sebaliknya. Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya untuk mengklasifikasikan sesuatu khilaf itu sama ada muktabar atau tidak?

Kemuktabaran sesuatu khilaf tidak disepakati oleh para ulama. Sebagai contohnya, dalam masalah takwil ayat-ayat dan hadis-hadis sifat. Sebahagian ulama memandang khilaf dalam masalah ini tak muktabar. Oleh sebab itulah muncul kitab al-‘Arasy wa Ma Ruwiya Fih oleh Ibnu Abi Syaibah (men. 297 H), Itsbat Shifah al-‘Uluww oleh Ibnu Qudamah al-Maqdisi (620 H), dan al-‘Uluww li al-‘Aliyy al-Ghaffar oleh al-Dzahabi (748 H). Kitab-kitab ini ditulis untuk menentang golongan Asya’irah yang mentakwil sifat. Bagi mereka, takwil adalah satu kesalahan bahkan tidak sedikit ulama yang menyesatkan golongan yang mentakwil ayat-ayat dan hadis-hadis sifat.

Sekelompok ulama pula mengkategorikan takwil ini ke dalam senarai khilaf-khilaf yang muktabar. Mereka anggap khilaf bukan pada perkara pokok sebaliknya pada perkara-perkara furuk yang tidak menjejaskan akidah. Bagi mereka, masing-masing mentakwil ayat-ayat dan hadis-hadis sifat tetapi Hanabilah mentakwil secara ijmali manakala Asya’irah mentakwil secara tafshili. Pandangan ini terkenal pada hari ini. Oleh itu, tidaklah perlu aku panjangkan kepadamu.

Jadi, apakah kayu ukur yang dapat menentukan sejauh mana kemuktabaran sesuatu khilaf itu? Mungkin dalam masalah muzik dan bid’ah engkau dan orang-orang yang bersama-samamu menganggapnya khilaf muktabar tetapi engkau perlu sedar bahawa muktabar di sisi kalian tidak semestinya muktabar di sisiku dan di sisi ulama-ulama lain. Dalam mengukur memuktabaran sesuatu khilaf, setiap daripada kita mesti mempunyai kaedah-kaedah sendiri. Bagiku, khilaf yang jelas-jelas bercanggah dengan nas al-Quran dan sunnah selain pegangan umum para sahabat, tabiin, dan ulama-ulama salaf tidak layak dipanggil muktabar. Khilaf ini perlu ditentang.

Jika engkau rajin, bukalah kitab-kitab ulama silam, lihatlah betapa banyak pendapat ulama-ulama yang tidak mereka setujui mereka sanggahi. Kadang-kadang, mereka mengatakan bahawa pendapat sekian adalah batil dan pendapat sekian adalah sesat. Selepas itu, pasti engkau akan insaf dan menyesal atas kata-katamu terhadapku.

Sahabatku, aku pelik, bagaimana engkau masih dapat menyanggahku sebegitu rupa walhal aku telah menerangkan perihal ini dalam tulisanku yang bertajuk ‘Hadis-hadis yang Mengharamkan Muzik’ dalam blogku. Ujarku:

Benar, ulama masih berkhilaf dalam masalah muzik. Tapi, perkara khilaf masih boleh dibincangkan dan mana-mana pendapat yang salah boleh disanggah. Orang-orang yang aneh selalu mengatakan "ini perkara khilaf, kena hormat pandangan ulama". Kami bertanya dalam hati, bilakah kami tidak menghormati pandangan ulama? Kami hanya menyanggah sebagaimana ulama-ulama menyanggah ulama.

Kami jaga adab dan kami jaga akhlak. Jauh sekali daripada berlaku kurang sopan atau ajar. Sesetengah perkara khilaf boleh ditolak ansur mengikut pandangan ulama. Sesetengah perkara lagi tidak boleh ditolak ansur sama sekali. Tetapi, ramai yang tidak faham seolah-olah tidak pernah mengenal huruf alif ba ta. Ulama-ulama mempraktikkan perkara ini. Lihatlah dalam khazanah perpustakaan ulama-ulama silam berapa banyak kitab yang ditulis khas untuk menyanggah lawan.

Sanggah-menyanggah adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi dengan dada yang lapang. Dengan wujudnya budaya betul-membetulkan inilah Islam tetap asli sebagaimana asalnya. Bayangkan, jika ulama tidak mengkritik pendapat ulama yang lain, mungkin pendapat yang salah akan terus dibiarkan dengan alasan khilaf. Akhirnya, pendapat-pendapat yang lemah dan syaz akan berdiri sebaris dengan pendapat-pendapat yang kuat dan masyhur tanpa segan mahupun silu.

Dalam masalah muzik wahai sahabatku, aku bukanlah orang yang tergedik-gedik mencari pasal dengan menyanggah pendapat Imam Ibnu Hazm, Ibnu Thahir al-Maqdisi, al-Qaradhawi, dan ramai ulama masa kini. Imam Ibnu al-Jauzi, al-Thurthusyi, Ibnu Hajar al-Haitsami, dan ramai lagi telah membidas pendapat yang mengharuskan muzik dalam kitab-kitab mereka. Bahkan, tidak kurang dalam kalangan mereka yang menulis kitab khusus untuk menyanggah pendapat yang mengharuskan. Salahkah aku mengikut langkah mereka?

Sekiranya engkau masih berkeras dengan kata-katamu, ketahuilah bahawa ulama-ulama yang mengharuskan muzik pun tetap melakukan hal yang sama. Mereka pun menyanggah ulama-ulama lawan. Perkara ini tidak asing dalam kalangan ulama. Sanggah-menyanggah untuk menegakkan kebenaran satu pemandangan biasa. Jikalau engkau berasa engkau betul, tegakkan hujahmu. Jangan berdalih dengan alasan ‘ini khilaf, masing-masing pilih pandangan yang ia suka’. Kalau begitulah hujahnya, akan ada orang-orang yang melakukan seribu satu kefasikan dengan mengambil pendapat-pendapat yang ganjil atau lemah atas nama khilaf.

Aku ingin jelaskan lagi tentang manhajku yang tidak diketahui ramai. Barangkali itulah sebabnya mereka anggap aku syadid atau ghuluww. Sahabatku, apabila kebenaran sesuatu pendapat itu jelas bagiku, aku akan berusaha untuk mengajak manusia ke arahnya. Kita semua tahu bahawa berdakwah kepada kebenaran adalah kewajipan. Diam daripada menegur kemungkaran satu kemungkaran. Aku tidak mahu bersubahat dengan berdiam diri. Jadi, aku bangkit memperjuangkan kebenaran itu.

Jika sahabat marahkan aku kerana perjuangkan pendapat yang aku pilih, sahabat perlu tahu bahawa umat Muhammad tidak akan bersepakat di atas kebatilan. Pendapat yang kupilih itu hanya ada dua kemungkinan sama ada betul atau batil. Kalau batil, salahlah aku. Tetapi, andai kata pendapatku betul, adakah engkau sanggup bertanggungjawab sekiranya aku berdiam diri dan bersubahat di atas kebatilan?

Sahabat, dakwahku kepada kebenaran bukanlah dengan bermudah-mudah mengingkari orang-orang yang melakukan sesuatu salah pada pandanganku. Tidak. Dakwah bermula dengan membangkitkan hal ini kepada golongan ilmuwan yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Masyarakat hanya mengikut mereka. Terkenal sudah ungkapan ‘orang awam tidak mempunyai mazhab. Mazhab mereka adalah mazhab guru-guru mereka’. Menegur guru bererti menegur muridnya.

Guru-guru mereka tidak mudah menerima pandanganku walaupun aku sertakan dalil al-Quran dan sunnah bersama. Oleh itu, aku juga cuba berdakwah kepada orang-orang awam tetapi dengan uslub yang sesuai dengan mereka. Akan tetapi, kebanyakan mereka berpegang erat dengan pendapat yang telah sebati dengan diri-diri mereka. Apabila aku kata ini salah, mereka akan jawab bahawa ini pendapat ulama sekian tokoh sekian. Aku hanya diam tetapi aku tidak akan mengalah. Pendapat itu tetap aku pertahankan selagi dalil itu wujud dalam lembaran al-Quran dan kitab hadis.

Sebagai contoh, aku berpendapat bahawa muzik itu haram. Aku pun cuba hindari diriku daripada menikmati muzik. Dalam masa yang sama, aku cuba sampaikan dalil-dalil yang menyokong pendapat ini kepada masyarakat. Disebabkan aku tahu mereka masih belum memahami keharaman muzik ini secara jelas, aku maafkan mereka. Aku tidak pernah menegur sahabatku mendengar muzik apatah lagi menengking mereka. Aku tahu harus merosakkan alat-alat muzik tetapi tidak pernah aku lakukan. Sebab, tidak boleh memaksa seseorang mengikut pendapat kita. Kaedah ini kufahami. Namun begitu, perjuangan aku untuk memahamkan ummah akan diteruskan. Apabila mereka faham dan terima, barulah aku masuk ke fasa selanjutnya.

Samalah persoalan ini dengan masalah rokok. Sebelum ini, rokok difatwakan harus. Masyarakat pun menganggapnya harus. Apabila dibuat kajian, rokok ternyata haram bukan sahaja kerana memudaratkan kesihatan malah beberapa sebab lain. Ulama-ulama yang mengharamkan rokok cuba memahamkan masyarakat hakikat ini. Tetapi, di sana masih ada ulama-ulama yang berkeras dengan fatwa lama.

Pada ketika itu, rokok tidak lagi difatwakan haram oleh kerajaan. Suara-suara itu hanya dilaungkan oleh sekelompok ulama. Jika orang awam ditegur, mereka akan berdalihkan khilaf. Ulama-ulama tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terus berjuang. Akhirnya, rokok difatwakan haram di peringkat negeri dan kebangsaan. Ulama-ulama besar dunia Islam pun turut mengharamkannya. Inilah hari bahagia perjuangan mereka.

Jika dulu masyarakat boleh berdalilkan khilaf, kini tidak lagi. Malah kini, sebarang perkara melibatkan rokok boleh diharamkan melalui undang-undang. Orang-orang yang menghisap rokok boleh dikenakan hukuman.

Cuba banyangkan sahabat, seandainya ulama-ulama yang memperjuangkan keharaman rokok ini ditegur oleh sahabat. Sahabat kata kepada mereka, kamu perlu raikan pendapat ulama-ulama lain. Jangan terlalu taasub dengan pendapat yang kamu pilih. Lalu mereka pun tidak lagi berjuang. Bayangkan, apakah yang berlaku pada hari ini?

Kalau sahabatku rasa tidak patut muzik disamakan dengan rokok kerana keharaman rokok sabit dengan ayat-ayat al-Quran, hadis, dan bukti-bukti saintifik, berbeza dengan muzik. Selayaknya rokok diharamkan kerana keharamannya jelas. Muzik masih samar-samar. Aku katakan, jawapanmu sama sahaja seperti ulama-ulama yang mengharuskan rokok sebelum difatwakan haram secara rasmi. Bahkan, mereka masih wujud hari ini. Mereka pun anggap rokok belum jelas keharamannya. Apabila difatwakan haram, apa kata mereka?

Benar, muzik tidak jelas haram di sisimu. Tetapi, di sisiku jelas. Takkan kerana engkau menganggapnya halal, aku pun mesti menurut pendapatmu? Kerana engkau berpendapat muzik halal, engkau bawakan hujah-hujahmu dan cuba bentangkan kepadaku. Kalau benar muzik itu halal, akulah yang lebih gembira kerana aku suka mendengar lagu.

Sahabat, khilaf-khilaf yang tak muktabar di sisiku tidak berada pada satu paras sahaja. Khilaf kewajipan menutup aurat tidak sama dengan khilaf dalam masalah muzik. Khilaf kenajisan khinzir tidak sama dengan khilaf kenajisan alkohol. Masa dan tenaga kita terhad. Hanya beberapa perkara yang mampu kita kaji dan perjuangkan. Jadi, perkara-perkara tersebut perlu kita pilih. Ini memerlukan kefahaman tentang aulawiyyat.

Aulawiyyat ini pun sama dengan kemuktabaran khilaf. Berbeza mengikut individu. Ulama di Yaman perlu mengutamakan khilaf dengan Zaidiyyah. Ulama di Oman pula perlu mengutamakan khilaf dengan Ibadhiyyah. Masing-masing perlu bertindak mengikut keperluan setempat. Ulama pada zaman dahulu perlu mengutamakan khilaf dengan Jahmiyyah. Ulama sekarang pula perlu mengutamakan khilaf dengan neo-Mu’tazilah. Masing-masing perlu bertindak mengikut keperluan semasa.

Kefahaman inilah yang telah kupraktikkan pada masalah muzik. Mungkin pada orang lain, isu muzik ini tidak besar tetapi bagiku teramat besar. Selain kerana bercanggah dengan al-Quran dan hadis, menghalalkan muzik bererti membuka ruang kepada Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Muzik bukan sahaja menghiburkan malah melalaikan umat daripada pengabdian dan perjuangan. Sahabat sendiri pun tahu. Muzik terdapat dalam lagu, nasyid, drama, filem, dan sebagainya. Dengan mengharamkan muzik, bererti kita telah menyekat saluran-saluran Yahudi dan musuh dari masuk meracuni ummah. Inilah antara sebab yang mendorongku mendahulukan masalah muzik berbanding masalah-samalah lain.

Sahabat, aku terperanjat membaca kata-katamu ‘suruh dia buka minda sikit. Ambil qaul mu’asharah. Qaul-qaul mu’asharah terbina di atas ilmu; diistinbatkan dengan hukum-hukum yang mereka pelajari’. Ya Allah! Siapa yang tertutup mindanya, aku atau engkau? Salafiyyah dan Wahhabiyyah yang menjadi syiarku di sini yang lebih mu’asharah berbanding engkau.

Aku rasa tidak salah aku mengatakan engkau terlalu jahil. Maaf kerana kasar tetapi engkau lebih kasar daripadaku. Manhaj mu’asharah adalah manhaj yang berasal dari Salafiyyah. Imam Ibnu Taimiyah yang Salafi itulah yang menegur umat Islam supaya kembali kepada al-Quran dan sunnah dan tidak taasub kepada mana-mana mazhab. Suara Ibnu Taimiyah dibawa oleh murid-muridnya sehingga kepada Imam al-Syaukani, Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, dan sebagainya. Lalu, suara tajdid ini disambut pula oleh Kaum Muda di seluruh dunia.

Sedangkan Kaum Tua di Nusantara sebelum ini dan sehingga ke hari ini masing mengutuk-ngutuk Salafiyyah yang membuka ruang ijtihad seluas-luasnya. Sahabat tidak pernah baca buku Sejarahkah bagaimana sikap Kaum Tua kepada Kaum Muda? Mereka gunakan kuasa sultan untuk menghalang dakwah mu’asharah Kaum Muda. Mereka lemparkan fitnah dan tuduhan jahat terhadap Kaum Muda. Tidak pernahkah sahabat baca buku Ayahku dan Teguran Terbuka kepada Mufti Johor oleh Hamka menyaksikan sendiri betapa hebatnya tentangan Kaum Tua kepada Kaum Muda?

Malangnya, Kaum Tua dan orang-orang yang menyokong kitab Mafahim ‘Alawi al-Maliki tidak pandai berterima kasih. Bagaikan anjing tersepit, mereka hanya mengambil manfaat Salafiyyah sambil mengejek-ngejek mereka. Usahlah berdalih, memang engkau telah menghina Salafiyyah. Penghinaan engkau kepadaku kerana memperjuangkan keharaman muzik adalah penghinaan kepada Salafiyyah. Mungkin engkau tidak tahu, mengharamkan muzik adalah pendapat masyhur lagi muktamad di sisi Salafiyyah.

Sahabat, kita berpegang dengan al-Quran dan sunnah. Mana-mana pendapat yang bersandarkan dalil kita pegang dan yang mana tidak bersandarkan dalil kita ketepikan. Begitu juga dengan masalah muzik ini.

Aku berpegang dengan pendapat yang mengharamkan bukan kerana pendapat Salafiyyah tetapi kerana dalil. Kalau engkau hendak tahu, ulama-ulama mu’asharah pun berpendapat bahawa muzik itu harus kerana menyangka bahawa itulah ajaran al-Quran dan sunnah. Lihatlah fatwa-fatwa ulama-ulama yang engkau gelarkan ulama mu’asharah itu dan kitab-kitab mereka. Mereka bawakan ayat-ayat al-Quran, hadis, aqwal sahabat, dan sebagainya dalam membuktikan kebenaran pendapat mereka. Lihat tajuk kitab al-Qaradhawi yang dikarang khas untuk membela pendapat ini, Fiqh al-Ghina wa al-Musiqi fi Dhau’ al-Qur’an wa al-Sunnah. Ertinya, beliau cuba mengikut nas tetapi malangnya beliau tersilap.

Jadi, manhaj mu’sharah berpegang dengan dalil sama seperti Salafiyyah. Bezanya, manhaj mu’asharah lebih cenderung untuk mengambil pendapat yang mudah dengan alasan untuk memudahkan umat. Bagi Salafiyyah, pendapat berdasarkan dalil semata-mata. Tidak ada kecenderungan kecuali apabila ada pendapat yang sama kuatnya dari segi dalil.

Engkau benar-benar berada di atas kebatilan wahai sahabatku apabila menganggap hukum boleh berubah semata-mata kerana berubahnya zaman. Aku ulangi sekali lagi bahawa kata-kata ini batil. Bertaubatlah dari kata-katamu kepadaku ‘anta tolong tanya dia, dia duduk zaman Abu Hanifahkah sekarang ni, dia duduk zaman Saidina Abu Bakr ke sekarang ni?’ Ini penghinaan terhadap hukum Islam. Seolah-olah syariat Islam tidak sesuai untuk zaman sekarang.

Sekali lagi aku minta sahabatku ini bertaubat. Kalau al-Quran dan sunnah kata haram, jadi haram bermula zaman tasyri’ sampai akhir zaman. Kalau al-Quran dan sunnah kata zina itu haram, haram dari dulu sampai selamat-lamanya. Begitu juga dengan muzik. Kononnya ‘agama itu berubah mengikut perubahan zaman’. Yang berubah fatwa wahai sahabat bukan agama. Agama dan syariat itu tetap. Yang berubahnya adalah fatwa. Fatwa berbeza mengikut tempat, masa, keadaan, dan sebagainya. Kena faham.

Misalnya, hukum membeli barangan negara A adalah harus. Tiba-tiba negara A berperang dengan sebuah negara Islam. Atas dasar menyekat ekonomi musuh dan menzahirkan sokongan kepada saudara seislam di sana, kita wajib memboikot barangan mereka. Jadi, hukum membeli barangan negara A pada ketika itu adalah haram.

Sebagai tambahan buat sahabatku, aku ingin sebut bahawa engkau pasti selalu ingat bahawa ulama-ulama silam mengubah ijtihad mereka kerana perbezaan masa dan tempat. Antaranya, Imam al-Syafi’i. Engkau dengar, beliau ada qaul qadim dan qaul jadid. Di Iraq beliau keluarkan qaul qadim kerana sesuai dengan keadaan di Iraq sementara di Mesir qaul jadid kerana sesuai dengan keadaan di sana. Aku ingin tegaskan, Imam al-Syafi’i tidak mengubah ijtihadnya kerana perbezaan tempat dan zaman wahai sahabatku dan orang-orang yang bersama-samamu tetapi kerana dalil dan hujah! Dengar baik-baik sahabatku, aku tahu ulama-ulama mu’asharahmu selalu menyebut Imam Syafi’i menukar pendapat kerana keadaan semasa dan setempat tetapi kata-kata itu silap. Inilah antara kesilapan besar mazhab mu’asharah.

Ada beberapa sebab aku mengatakan demikian. Tetapi, aku ingin sebut satu sahaja. Engkau pun tahu bukan bahawa qaul qadim Imam al-Syafi’i tidak boleh diamalkan sama sekali kerana dianggap telah dimansuhkan oleh qaul jadid? Kalau benar kata-kata kalian, pasti kedua-dua qaul masih boleh diamalkan. Penduduk Iraq pasti juga akan terus mengamalkan qaul qadim tetapi tidak. Qaul qadim Imam al-Syafi’i yang diambil oleh ulama-ulama mazhab pun mengambilnya atas dasar qaul qadim lebih rajih bukan kerana persekitaran setempat atau semasa. Nah, bagaimana jawabmu?!

Sahabat, sepanjang penelitianku, aku dapati satu kaedah penting yang perlu engkau fahami agar engkau tidak tersesat pada kemudian hari. Kaedahku ‘sesuatu hukum yang harus itu boleh menjadi haram disebabkan oleh perkara-perkara tertentu walaupun tidak darurat tetapi sesuatu hukum yang haram itu tidak akan menjadi harus kecuali kerana maslahat dan darurat’. Jadi, ‘uruf, adat, dan sebagainya hanya mengetatkan hukum bukan melonggarkannya.

Contohnya, masalah membeli barang negara A tadi. Asalnya harus, menjadi haram. Tetapi, kalau benda itu haram, tidak akan menjadi harus melainkan maslahat dan darurat; mengikut sejauh mana kemaslahatan dan darurat itu. Contohnya, daging khinzir, haram selagi tidak darurat. Begitu juga dengan muzik. Muzik haram kecuali apabila terdapat maslahat dan darurat. Tidak boleh hanya disebabkan ‘uruf, adat, dan sebagainya muzik menjadi harus.

Aku cabar engkau datangkan satu perkara yang haram tiba-tiba menjadi harus semata-mata kerana sebab-sebab lain selain maslahat dan darurat. Selagi engkau tidak datangkan, nampak sangat bahawa engkau memang jahil. Maaf sekali lagi, sahabatku. Aku tidak mampu bersabar melihat orang sepertimu mengeji ulama-ulama dan pengikut-pengikut mereka sepertiku sampai sanggup berkata ‘dia tu taasub sangat, syadid melampau. Qaul mu’asharah tak terima. Maklumlah kan, dia pada zaman Saidina ‘Utsman, zaman Abu Yusuf.’ Sekali lagi aku cabar!

Jadi, halal dan haram itu tauqifi berdasarkan dalil. Kaedah fiqh, semua perkara itu asalnya harus, sehingga ada nas yang mengharamkannya. Muzik asalnya harus. Ya, memang harus tapi pada asalnya kemudian diharamkan kerana wujud nas syarak yang mengharamkannya. Jika engkau tidak puas hati dengan peganganku dalam mengharamkan muzik, engkau kena bantah dalil-dalil aku satu-persatu sampai tidak ada dalil yang tersisa.

Selagi wujud dalil yang mengharamkan muzik, selagi itulah muzik haram. Inilah kaedahnya. Sayang seribu kali sayang, orang-orang fiqh sendiri tidak pandai untuk menggunakan kaedah ini. Aku orang usuluddin pun tidak sejahilmu. Maaf kali ketiga. Orang yang biadab perlu diajar.

Lihatlah contoh guru-gurumu seperti Syaikh al-Qaradhawi. Beliau berusaha keras melemahkan dalil-dalil jumhur ulama yang mengharamkan muzik tetapi beliau tidak mampu menutup kebenaran. Percubaan beliau dalam buku Fiqh al-Ghina wa al-Musiqi gagal kerana Syaikh ‘Abd Allah Ramadhan Musa telah menyanggah beliau habis-habisan dalam kitab al-Radd ‘ala al-Qaradhawi wa al-Judai’. Aku sekali lagi yakin, engkau tidak pernah baca kitab ini. Sebab itulah, engkau diselubungi kejahilan.

Aku sendiri dalam polemik ini telah berjaya menyusun risalah bertajuk Itsbat Tahrim al-Ma’azif. Aku kemukakan sembilan hadis dan beberapa kata-kata sahabat yang menunjukkan muzik itu haram. Jika engkau rasa cukup pandai, beritahuku apa namamu sehingga aku boleh hulurkan risalahku dan kita berdebat. Ikhlas aku katakan, aku tidak pandai berdebat dan aku pun tidak suka, tapi kerana engkau terlalu melampau, aku sanggup. Ajak seluruh orang Mu’tah duduk lihat siapa yang benar dalam masalah ini.

Aku bukannya hendak menunjukkan kehebatan tetapi aku ingin orang-orang yang bertaklid buta kepada ulama-ulama mu’asharah tidak terlalu taasub. Kalau engkau kata aku terlalu taasub, maaflah, engkau silap. Aku tidak taasub kepada mana-mana ulama. Aku tidak taasub kepada mazhab Imam Ahmad, Ibnu Taimiyah, al-Albani, atau mana-mana ulama termasuk guruku Maulana Asri. Aku hanya taasub kepada al-Quran dan sunnah. Siapa pun dia, Syaikh Ibnu Baz, al-‘Utsaimin, al-Albani, atau ulama mana pun aku akan sanggahi kalau kata-kata mereka bertentangan dengan nas.

Selain kerana aku menganggap muzik haram, aku menegur PERMATA berkenaan masalah muzik sebagai satu ilzam kepada ahli-ahli PERMATA yang mengaku bermazhab Syafi’i. Kelompok tersebut menganggap tidak harus keluar daripada mazhab. Jadi, aku mengambil kesempatan ini bertanya kepada mereka, jika benar engkau bermazhab Syafi’i kenapa engkau mengharuskan muzik sedangkan mazhab Syafi’i, mazhab guru, dan mazhab muridnya Malik dan Ahmad mengharamkannya?

Aku tidak ingin memanjangkan kalam, terus beralih kepada isu kitab Muhammad ‘Alawi al-Maliki bertajuk Mafahim Yajib An Tushahhah atau ertinya dalam bahasa Melayu ‘Beberapa Kefahaman yang Mesti Diperbetulkan’. Sahabat, buku ini telah kutemui sejak awal lagi aku tiba di Mu’tah. Aku pun membaca buku ini sekadar sahaja yang pada ketika itu dipunyai oleh seorang senior di rumahnya.

Pada ketika itu lagi aku merasakan ada keganjilan pada buku tersebut. Dan, ternyata buku tersebut memang amat ganjil. Buku tersebut mengajarkan kita supaya beristighatsah dengan Nabi shallahu’alaihiwasallam, menganggap alam ini dijadikan kerana baginda, dan sebagainya. Penulis buku ini walaupun terkenal sebagai ulama, aku tidak menganggapnya begitu. Beliau gunakan hadis-hadis yang palsu untuk berhujah di atas kebatilannya dalam masa yang sama ia sembunyikan kelemahan dan beliau cuba jadikannya sahih pada pandangan pembaca yang tidak tahu apa-apa.

Kasihan sungguh umat Islam apabila dibawakan buku seperti ini. Lebih-lebih lagi orang yang jahil tidak tahu ilmu hadis. Antaranya, seorang sahabat kami yang mencedok buku beliau dalam masalah tawassul Nabi Adam dengan Nabi Muhammad shallahu’alaihiwasallam. Dalam banyak-banyak hadis yang disebutkan oleh ‘Alawi, hadis yang batil ini jugalah yang dipilih oleh beliau. Tetapi beliau degil, tetap berkeras dengan jalannya. Aku harap orang-orang seperti beliau bukan sengaja menolak kebenaran tetapi jahil.

Orang-orang seperti beliau kerap merujuk kitab-kitab dan ulama-ulama sebegini. Kononnya menguasai ilmu-ilmu Islam, apabila aku jenguk, nampaknya mereka masih tidak faham ilmu-ilmu asasnya pun. Ada antara mereka yang menggunakan hadis-hadis lemah untuk berhujah dalam perkara-perkara hukum. Kata mereka, hadis lemah boleh digunakan dalam fadilat amal. Padahal, bukan fadilat amalan, tapi dalam perkara hukum. Ada antara mereka menggunakan nas bukan pada tempatnya. Untuk membolehkan ucapan ‘shadaqa Allah al-‘adzhim’ seusai membaca al-Quran, ia gunakan ayat ke-95 Surah al-Baqarah yang berbunyi:

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ۝

Mafhumnya: katakanlah ‘shadaqa Allah’ maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus; bukanlah ia dari kalangan orang-orang yang musyrik.

Antara laman-laman yang biasa ia jadikan rujukan ialah Tahu, Faham, Amal. Laman itu dibangunkan atas tujuan melawan Salafiyyah dan kenyataan ini terpapar jelas pada laman itu sendiri. Aku tidak pernah kata Salafiyyah mesti betul dalam setiap pendapatnya. Tetapi mereka, dalam setiap khilaf antara mazhab dan manhaj mereka dengan Salafiyyah, pasti mereka akan menangkan pendapat mereka. Cara mereka sama sahaja kerana cara yang benar tidak dapat membantu mereka menegakkan kebatilan.

Wahai sahabatku, meskipun anggap Maulana Asri itu guruku, banyak pendapat beliau yang aku tolak berbanding yang aku terima. Meskipun Syaikh al-Albani itu tokoh hadis cemerlang, aku tidak telah menolak beberapa hukum beliau terhadap hadis. Meskipun Syaikh al-‘Utsaimin itu aku kagumi, aku tidak mudah-mudah menerima fatwa-fatwanya. Yang salah tetap salah dan yang benar itulah yang perlu diperjuangkan.

Telah aku nyatakan dalam artikelku bertajuk ‘Aku Ingin Berbicara’ berkenaan kitab ‘Alawi. Bicaraku:

Orang-orang yang memusuhiku selalu membaca-baca kitab Mafahim Yajib an Tushahhah tulisan Muhammad ‘Alawi al-Maliki yang mereka gelarkan ‘singa sunnah’. Mereka mempunyai kitab asal dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Melayu. Aku tidak sanggup menyebutkan isi kandungan kitab itu. Bagi mereka, itulah kitab terbaik dalam menyanggahku. Mereka sebenarnya tidak tahu bahawa kitab tersebut telah pun disanggah habis-habisan oleh Syaikh Shalih bin ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad Alu al-Syaikh dalam kitab berjudul Hadzihi Mafahimuna setebal lebih 200 halaman. Seandainya mereka mengetahui bahawa ‘Alawi tersebut telah melakukan jenayah ilmiah yang berat dalam kitab tersebut pasti mereka akan membakar kitab itu.

Cukuplah orang-orang yang berakal mendengar bahawa Syaikh Shalih Alu al-Syaikh berkata: dalam kitabnya (Mafahim) terdapat penggunaan hadis-hadis maudhu’, terlalu meragukan, munkar, batil, dha’if jiddan, dan dha’if dengan banyak sekali untuk membuktikan syubhah-syubhahnya yang karut-marut. Banyak dalil yang beliau gunakan dengan penuh memberat-beratkan diri (ta’assuf) bersama dengan sifat dalil sendiri tersebut yang meragukan dan lemah. [hal. 6]

Kasihan sungguh dirimu wahai sahabatku. Sudah aku katakan bahawa kitab tersebut tidak mampu menghujah peganganku. Kalaulah aku belum baca kitab itu, patutlah engkau suruh aku baca. Malangnya, aku telah baca. Sekarang ingin aku tanyakan, sudahkah engkau baca kitab Hadzihi Mafahimuna itu? Jika belum, bacalah. Lihatlah betapa jahilnya ‘Alawi al-Maliki dan betapa jahatnya beliau. Jangan engkau anggap aku menghina ulama kerana aku tidak akan berkata begitu selain pada orang-orang yang aku dapati telah melakukan jenayah ilmiah yang amat parah.

Aku tidak mahu bercakap kosong, aku bawakan satu contoh. Kata ‘Alawi al-Maliki:

Merekalah (ulama-ulama Asya’irah) orang-orang yang dikatakan oleh Syaikh al-Islam ‘ulama pembela ilmu-ilmu agama, Asya’irah pembela usul-usul agama.’ Al-Fatawa, jilid empat.

Kelakar sungguhlah ‘Alawi ini. Menggunakan nama Ibnu Taimiyah yang Salafi untuk membela Asya’irah. Sebab itulah aku katakan beliau jahat. Ibnu Taimiyah musuh Asya’irah bukan pembela. Asya’irah pun ramai yang mengkafirkan beliau. Tetapi, dalam buku beliau, Ibnu Taimiyah menjadi pembela Asya’irah. Aneh. Lihat, bagaimana beliau memutarbelitkan kata-kata ulama malahan kata-kata Rasulullah shallahu’alaihiwasallam untuk kepentingan mazhab.

Aku tidak tahu guru musuh-musuhku itu tahu membaca tahu membaca ataupun tidak. Dalam kitab Ibnu Taimiyah disebutkan begini:

Kata beliau: adapun laknat ulama kepada imam-imam Asya’irah, maka sesiapa yang melaknatnya dikenakan hukuman takzir dan laknat itu kembali kepadanya kerana barang siapa melaknat orang yang tidak layak untuk dilaknat, laknat itu jatuh kepadanya. Ulama itu pembela furuk agama sedangkan Asya’irah itu pembela usul agama. [Majmu’ al-Fatawa, jil. 4, hal. 16]

Kata-kata itu bukan kata-kata Ibnu Taimiyah sendiri tetapi dinukilkan daripada seorang ulama lain iaitu Faqih Abu Muhammad, al-‘Izz ‘Abd al-Salam. Bahkan, tidak jauh dari nukilan tersebut, Ibnu Taimiyah sendiri mengkritik kata-kata tadi. Kata beliau:

Faqih Abu Muhammad juga melarang laknat tersebut dan memerintahkan supaya pelakunya dihukum kerana usul-usul agama yang mereka bela dan perkara ini sama seperti yang telah kami sebutkan berupa apa yang bertepatan dengan al-Quran, sunnah, dan hadis serta sanggahan mereka terhadap golongan yang menyalahi al-Quran, sunnah, dan hadis serta sanggahan mereka terhadap orang yang menyalahi al-Quran, sunnah, dan hadis. [Ibid, hal. 17]

Lihat, sahabatku, betapa besarnya kesalahan yang ‘Alawi dalam kitabnya yang kaukatakan diiktiraf oleh sepuluh orang ulama itu! Barangkali beliau tidak sengaja, tetapi kesalahan dalam nukilan ini bukan sekali dua. Jika tersilap kerana memetik nukilan daripada ulama-ulama lain pun, pastikan dahulu ketepatan sumber itu. Apa yang dinyatakan ini hanya sebagai contoh. Jika hendak dibuat senarai jenayah ilmu dan kesalahan ‘Alawi, kita boleh buat kitab baru pulalah.

Nah, wahai sahabatku, aku atau ‘Alawi ini yang perlu belajar Asalib Bahats? Aku sudah ambil Asalib dan telah aku praktikkan dalam banyak tulisanku. Sedangkan engkau dan orang-orang sekepala dengan engkau, bagaimana? Masih tidak segan silu melakukan jenayah ilmiah sehingga ditegur oleh orang yang tidak pernah masuk sekolah agama seperti Hafiz Firdaus? Masih ingin memetik hadis-hadis dha’if dan maudhu’ lalu sebut ulama sekian kata sahih ulama sekian kata sahih tanpa kajian yang rapi?

Berkenaan kata-katamu ‘cuba anta baca semua tulisan blog dia. Kenapa hanya separuh sahaja yang dia perkataan yang ada masalah khilaf dan qaul-qaul ulama tetapi dia cuba menutup khilaf-khilaf tersebut. Selepas itu, dalam masalah-masalah lain, ada pula dia buka tentang khilaf-khilaf ini, sebut kitab-kitab sekian, qaul-qaul sekian,’ aku jawab ringkas sahaja. Aku sebenarnya tidak faham apa maksudmu. Aku rasa engkau maksudkan mengapa aku dalam sesetengah perkara menganggap wujud khilaf sehingga setiap pendapat perlu dihormati sedangkan dalam sesetengah perkara khilaf yang lain, aku hanya menyokong satu pandangan dan menganggap pandangan lain salah dan tidak perlu dihormati.

Aku nyatakan dua jawapan. Pertama: masalah ini kembali kepada masalah kemuktabaran sesuatu khilaf. Ini telah dijelaskan. Kedua: engkau baca sahaja dalam artikelku bertajuk ‘Menjawab Kekeliruan’. Antara isinya, aku tidak menghalang mana-mana pihak untuk berbahas tentang perkara khilaf atau khilafiyyah. Setiap pihak perlu bawakan hujah masing-masing dengan beradab. Persatuan tidak boleh memihak kepada mana-mana pendapat tetapi tidak salah untuk menganjurkannya. Maksudnya, program diadakan melalui persatuan tetapi isi program tidak boleh disandarkan kepada persatuan. Itu maksudku dengan menghormati khilaf bukan dengan berdiam diri daripada mengkritik mana-mana pendapat. Jawapan tentang perkara ini agak panjang sebenarnya tetapi cukuplah dengan artikel itu menjelaskan pendirianku.

Semoga jawapan panjangku ini diterima kawan dan lawan. Semoga usahaku ini diterima Allah. Aku berharap orang-orang yang insaf dan menyedari kebenaran mendoakan daku dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Biarlah ramai yang memusuhiku kerana peganganku, asalkan Allah tidak memusuhiku. Amin.

Wassalam.

Wan Muhammad Izzat bin Wan Nor Anas al-Kutawi,

Pukul 7.00 pagi, 25 Jumada al-Akhir 1432 Hijrah, 28 Mei 2011 Masihi.

Menjelaskan Kekeliruan

“Jika golongan Salafiyyah yang mencetuskan isu khilafiyyah di Mu’tah, pasti mereka akan marah. Kata mereka, Salafiyyah memecahbelahkan umat. Wahai PERMATA, siapakah yang membenarkan buku fatwa akidah Asya’irah dan poster ulama diterbitkan dan disebarkan ke seluruh Jordan? Siapakah yang mengizinkan seorang ‘pak cik’ yang terkenal dengan aliran pondoknya mengajar di Puskma? Berlaku adillah, wahai PERMATA!”

[Dipetik dari Pendirian Terhadap PERMATA dan PRU 2011/12]

Perenggan di atas telah membawa kontroversi dalam kalangan pembaca. Disebabkannya, kami dikatakan tidak beradab kerana menggelarkan guru kepada ramai pembaca sebagai ‘pak cik’. Untuk menjawab mengapa kami menyindir beliau sebegitu rupa, bacalah artikel kami yang bertajuk ‘Aku Ingin Berbicara’.

Disebabkan perenggan ini jugalah, kami ditanya oleh beberapa orang sahabat dengan soalan yang lebih kurangnya berbunyi “anta kata PERMATA berat sebelah sebab membenarkan seorang ustaz beraliran pondok mengajar di Puskma, adakah anta telah meminta daripada PERMATA untuk turut mengajar di sana?”

Izinkan kami menjawab: tidak, memang kami tidak pernah meminta untuk mengajar di sana. Tapi... Selanjutnya, kami mempunyai dua bentuk jawapan. Pertama, dengan memahami maksud sebenar perenggan tersebut. Sebelum perenggan tersebut, kami nyatakan hasrat kami supaya PERMATA benar-benar berpegang dengan al-Quran dan sunnah dalam semua perkara serta tidak memilih-milih antara ajaran al-Quran dan sunnah untuk diamalkan. Kami kemukakan beberapa contoh dalam masalah tersebut. Kemudian, kami suarakan ketidakpuasan hati kami terhadap sikap berat sebelah PERMATA dalam perkara-perkara khilafiyyah. Selepas itu, kami sambung dengan perenggan di atas.

Maksud perenggan di atas ialah: seandainya ahli-ahli yang berpegang dengan manhaj Salafiyyah yang menimbulkan masalah khilafiyyah di Mu’tah, pasti pihak PERMATA akan membantah atas alasan menjaga perpaduan antara ahli. Tetapi, jika benar PERMATA ingin menjaga perpaduan antara ahli, mengapa buku Himpunan 50 Fatwa Ulama tentang Akidah dan poster gambar-gambar ulama diterbitkan di atas nama PERMATA dan mengapa juga ustaz tadi dibenarkan mengajar di dewan Puskma? Jadi, PERMATA sepatutnya mengambil sikap berkecuali dalam perkara ini.

Ertinya, tiga perkara tadi menjadi contoh bahawa PERMATA lebih condong kepada mazhab dan manhaj Asya’irah dan Shufiyyah dalam masalah khilafiyyah sedangkan dalam masalah hukum-hakam agama, PERMATA lebih condong kepada pendapat umum sama ada bertepatan dengan mazhab atau manhaj dakwaan atau tidak. Kesimpulannya, isu ustaz tadi hanya sebagai contoh kepada dakwaan bahawa PERMATA memihak kepada manhaj Asya’irah dan Shufiyyah dan dakwaan bahawa PERMATA tidak beriltizam dalam menjaga perpaduan dalam kalangan ahlinya. Tidak timbul di sini persoalan sama ada kami telah meminta atau tidak untuk diadakan kelas kami di Puskma.

Kedua, kami tidak menghalang pihak PERMATA daripada menerbitkan karya-karya ilmiah atau mengadakan majlis-majlis ilmu walaupun mewakili mana-mana mazhab dan manhaj yang tidak kami setujui. Kami menyokong usaha mengembangkan ilmu dalam kalangan ahli termasuklah perkara-perkara khilafiyyah asalkan dilakukan atas dasar ilmu dan ilmiah juga dengan penuh adab dan tatasusila. Inilah pendirian kami yang dinyatakan dalam teguran tertutup kami kepada PERMATA bunyinya: Permata perlu mengawal perbincangan isu-isu khilafiyyah dengan adab-adab khilaf bukannya memihak kepada mana-mana mazhab dan manhaj ataupun menghalangnya secara mutlak. Jika Permata menghalangnya secara mutlak, bererti Permata menyekat kegiatan ilmiah. Permata juga boleh dikatakan menyekat kebenaran daripada disebarkan kerana ada antara pendapat-pendapat khilafiyyah tersebut yang mungkin benar. Sekian petikan.

Yang kami tidak setujuinya jika karya dan majlis tersebut diterbitkan dan diadakan di atas nama PERMATA seolah-olah PERMATA bermanhaj Asya’irah dan Shufiyyah sedangkan PERMATA adalah sebuah persatuan zon yang bebas dan perlu memelihara keharmonian dalam kalangan ahli. Karya dan majlis tersebut perlu diterbitkan dan diadakan di atas nama individu-individu yang terlibat sementara PERMATA perlu mengumumkan dasar berkecuali dalam masalah-masalah khilafiyyah antara Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Tidak diterbitkan di atas nama PERMATA tidaklah bererti sesebuah buku itu tidak diterbitkan di bawah PERMATA sehingga lambang PERMATA tidak dapat dipamerkan pada kulit buku. Maksud kami, mazhab dan manhaj yang dikandung oleh buku tersebut tidak disandarkan kepada PERMATA tetapi disandarkan kepada pengarang. Wakil PERMATA perlu menulis di dalam ruangan kata alu-aluan bahawa PERMATA hanya menerbitkan buku tersebut di atas dasar merancakkan kegiatan ilmiah dan PERMATA tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan buku tersebut selagi tidak bercanggah dengan manhaj umum Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Dengan kaedah ini, jika karya dan majlis tersebut mendatangkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pihak yang tidak bersetuju dengan manhaj karya dan majlis tersebut, pihak tersebut tidak boleh menyalahkan PERMATA sebaliknya perlu berhubung secara langsung dengan individu-individu yang terlibat. Ketika itu, PERMATA perlu mengawal hubungan antara kedua-dua pihak supaya tidak mendatangkan perbalahan.

Apa yang kami nyatakan ini berkaitan dengan kegiatan ilmiah yang berhubung dengan isu-isu khilafiyyah. Tentang aktiviti dan program yang tidak ilmiah seperti tahlil dan sambutan Maulid al-Rasul shallahu’alaihiwasallam yang tergolong dalam perkara-perkara khilafiyyah pula, kami rasa PERMATA perlu mengambil langkah yang hampir sama. Cuma, PERMATA perlu memastikan aktiviti dan program tersebut berjalan tanpa sebarang usaha menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang tidak bersetuju dengan program tersebut. Misalnya, tidak perlu disebut dalil-dalil mengharuskan tahlil atau menjawab hujah-hujah pihak lawan dalam aktiviti dan program yang diadakan. Tidak juga dibenarkan perlian atau sindiran kepada pihak yang tidak bersetuju. Dalil dan jawapan terhadap hujah lawan boleh dibincangkan menerusi kegiatan ilmiah bukan kegiatan tak ilmiah.

Dengan penjelasan panjang lebar ini, jelaslah bahawa kami tidak menghalang ustaz tadi mengajar di dewan PERMATA malahan kami berharap usaha-usaha seperti ini diteruskan oleh ahli-ahli yang lain. Cuma, mazhab dan manhaj majlis tersebut tidak disampaikan di atas nama PERMATA tetapi di atas nama ustaz itu sendiri. Oleh itu, tidak salah PERMATA menyediakan tempat dan mengiklankan majlis tersebut. Ustaz tersebut juga dibenarkan membela mazhab dan manhaj pegangan dalam majlis itu dengan cara yang beradab.

Jika ada pihak yang ingin membangkang mazhab dan manhaj pegangan ustaz tersebut pihak tersebut perlu diberikan ruang yang sewajarnya. PERMATA dalam perkara ini hanya perlu memastikan kegiatan ilmiah seperti ini dijalankan secara harmoni dan ilmiah dalam lingkungan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Wassalam.

23 Jumada al-Akhir 1423 H bersamaan dengan 26 Mei 2011.

Aku Ingin Berbicara

Entah mengapa tiba-tiba sahaja artikelku ‘Pendirian Terhadap PERMATA dan PRU 2011/12’ dibaca oleh seratus orang dalam masa kurang daripada 24 jam. Sedangkan artikel-artikel aku yang lain yang ternyata lebih bermanfaat untuk semua seperti artikel tentang muzik dan gambar perempuan tidak diendahkan sebegitu rupa. Walhal, aku tidak pernah mengiklankan artikel tersebut dalam Facebook mahupun status Yahoo Messenger. Aneh sekali.

Artikel tersebut sebenarnya aku karang untuk menyatakan pendirianku terhadap persatuan zonku, PERMATA untuk dibaca oleh mereka-mereka yang ingin tahu jalan yang aku pilih. Aku tidak bermusuh dengan PERMATA tidak pula dengan pemimpin-pemimpinnya. Aku anggap PERMATA sebagai kerajaanku dan aku anggap pimpinannya sebagai pimpinan sebuah kerajaan. Aku juga ingin menegur kalau-kalau benar dakwaan bahawa PRU PERMATA dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Aku bukanlah orang yang pertama bercakap tentang hal ini. Kalaulah tangan-tangan ghaib ini benar-benar wujud, aku nyatakan pandanganku berdasarkan ilmu yang kupelajari. Aku meminjam kata-kata ulama. Aku tidak membabi buta menyokong atau mengkritik sesuatu tanpa sandaran yang kukuh.

Kemudian, menerusi artikel itu aku menyeru PERMATA kepada al-Quran dan sunnah. Barangkali ramai yang kebingungan, adakah PERMATA tidak berpegang kepada kedua-dua sumber teragung itu? Sebagai jawapannya, aku nyatakan beberapa contoh. Aku cuba memahamkan pembaca, perbuatan kita masih belum menepati kata-kata. Kita masih belum berdiri teguh di atas jalan yang masing-masing pilih. Kita mendakwa berpegang kepada al-Quran dan sunnah dengan mazhab dan manhaj tertentu tetapi sebenarnya tidak. Kita hanya mengikut pandangan umum. Inilah persoalan yang cuba kubawa.

Aku juga mengkritik sikap berat sebelah yang diamalkan oleh PERMATA. Aku tahu, bukan PERMATA sahaja yang mengamalkan sikap ini. Aku juga tahu, ramai ahli PERMATA yang memilih jalan yang tidak aku pilih. Aku juga tahu, suaraku asing dan pasti akan tenggelam dengan suara yang ramai. Tapi, jalan yang aku pilih bukanlah jalan yang asing dalam agama malah suara kebenaran yang dibawa oleh jumhur atau keseluruhan ulama pada zaman awal. Dengan semangat memperjuangkan agama Allah, aku rela dimaki hamun oleh manusia.

Mungkin ramai antara kita yang tidak memahami mengapa caraku terlalu agresif. Seorang sahabatku mengatakan aku cepat melenting. Aku tahu. Kalau bukan kerana angin masakan pokok bergoyang. Begitu juga aku. Semenjak aku datang ke sini, sudah beberapa kali orang-orang bercakap tentangku. Kadang-kadang aku dituduh mengatakan kata-kata yang tidak pernah aku katakan. Mereka menghinaku Wahabi dan Salafi di belakangku. Di hadapanku mereka memperliku. Mereka membaca kitab-kitab untuk menyanggahku. Antara mereka adalah sahabat-sahabatku sendiri yang kononnya tersenyum menyapaku dan mengajakku makan apabila berjumpa. Pedih.

Orang-orang yang memusuhiku makin lama makin bahagia. Mereka diberi tempat yang tinggi dalam persatuan. Dakwah-dakwah mereka mula mengukuh dengan terbitan-terbitan penulisan di atas nama persatuan. Kalaulah mereka hanya mengemukakan dakwah mereka, alangkah bahagianya. Tapi, namaku, jalanku, dan ulama-ulamaku pula yang menjadi buah mulut mereka. Sahabat-sahabat yang tidak tahu apa-apa tentang khilaf sudah pandai meniru-niru kata-kata mereka. Mereka yang baru mendengar nama Salafi mula menuding jari kepadaku, inilah Salafi Mu’tah. Apakah dosaku; salahku aku memilih jalan Imam Malik, Syafi’i, dan Ahmad ini?

Aku juga didesak oleh persekitaran apabila perkara-perkara yang mungkar mula mendapat tempat dalam kalangan sahabat-sahabat yang tidak tahu apa-apa. Mereka menurut sahaja apa yang diajar oleh mereka-mereka yang memusuhiku. Yang paling aku terkejut apabila membaca sebuah qasidah yang berisikan istightsah dengan Rasulullah shallahu’alaihiwasallam. Aku takut perkara ini boleh memberi kesan kepada akidah.

Antara isi qasidah yang bertajuk ‘Allah, Allah, Agitsna Ya Rasul Allah’ tersebut ialah:

داو قلبي وامنحه سر القرب * واجل كربي وألحقني بأهل الله

Ubatilah hatiku dan kurniakan rahsia taqarrub; dan hilanglah kedukaanku serta sertakan daku bersama-sama ahli Allah.

أنت المختار بمدحك تجلى الأكدار * أجرنا من النار بجاهك يا رسول الله

Engkaulah yang terpilih, dengan memujimu hilanglah kesusahan; jauhkan kami dari neraka dengan darjatmu wahai Rasulullah.

Syaikh ‘Ali ‘Abd al-Halim Mahmud, seorang ulama Ikhwan al-Muslimin berkata dalam buku Syarah Usul 20 Imam Hasan al-Banna yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di bawah bab Amalan Terpenting yang Diharamkan Terhadap Kubur:

1. Memohon pertolongan dengan si mati -ini adalah haram- kerana memohon pertolongan tidak lain hanyalah kepada Allah subhanahuwata’ala berdasarkan sabda Rasulullah shallahu’alaihiwasallamsekiranya kamu memohon pertolongan maka pohonlah daripada Allah subhanahuwata’ala.” Tidak harus memohon dengan selain Allah subhanahuwata’ala sama ada nabi, para wali, malahan orang-orang soleh. 2. Menyeru si mati untuk istighatsah (memohon pertolongan). Demikian juga asal istighatsah hanyalah kepada Allah subhanahuwata’ala tidak kepada yang selain-Nya kerana istighatsah bermakna meminta dan memohon pertolongan. Yang maha memberi hanyalah Allah... [Dewan Pustaka Fajar, cet. kedua 2007, hal. 191]

Kalaulah mereka-mereka yang memusuhiku mempunyai rasa gerun dan takut kepada Allah taala, aku nasihatkan kepada mereka supaya tinggalkan perkara-perkara yang syubhah ini. Kalau kalian ingin teruskan istightasah kalian, teruskan tapi jangan mengajak sahabat-sahabatku yang tidak berdosa bersama-sama kalian.

Orang-orang yang memusuhiku selalu membaca-baca kitab Mafahim Yajib an Tushahhah tulisan Muhammad ‘Alawi al-Maliki yang mereka gelarkan ‘singa sunnah’. Mereka mempunyai kitab asal dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Melayu. Aku tidak sanggup menyebutkan isi kandungan kitab itu. Bagi mereka, itulah kitab terbaik dalam menyanggahku. Mereka sebenarnya tidak tahu bahawa kitab tersebut telah pun disanggah habis-habisan oleh Syaikh Shalih bin ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad Alu al-Syaikh dalam kitab berjudul Hadzihi Mafahimuna setebal lebih 200 halaman. Seandainya mereka mengetahui bahawa ‘Alawi tersebut telah melakukan jenayah ilmiah yang berat dalam kitab tersebut pasti mereka akan membakar kitab itu.

Cukuplah orang-orang yang berakal mendengar bahawa Syaikh Shalih Alu al-Syaikh berkata: dalam kitabnya (Mafahim) terdapat penggunaan hadis-hadis maudhu’, terlalu meragukan, munkar, batil, dha’if jiddan, dan dha’if dengan banyak sekali untuk membuktikan syubhah-syubhahnya yang karut-marut. Banyak dalil yang beliau gunakan dengan penuh memberat-beratkan diri (ta’assuf) bersama dengan sifat dalil sendiri tersebut yang meragukan dan lemah. [hal. 6]

Musuh-musuhku itu cuba menyesatkan dan mengeluarkan Salafiyyah daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Tetapi ada juga antara mereka yang berfikrah PAS dan menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin PAS yang cuba mempertahankan Salafiyyah. Sebabnya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam bukunya Ideologi Umat Islam telah memasukkan Salafiyyah dan Wahhabiyyah ke dalam senarai pecahan Ahl al-Sunnah. Aku lihat, sahabat yang cuba membela itu telah berubah.

Ada antara sahabatku yang telah menulis dalam laman peribadinya bahawa Salafiyyah atau Wahhabiyyah tidak berasal dari mazhab Hanbali. Sebenarnya sahabatku ini tidak tahu bahawa Salafiyyah dan Wahhabiyyah itu adalah hasil dakwah Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Arab Saudi. Beliau bermazhab Hanbali. Ulama-ulama besar Salafiyyah dan Wahhabiyyah adalah Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim yang bermazhab Hanbali. Dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh disebutkan bahawa Syaikh al-Islam yang dimaksudkan oleh ulama-ulama Hanbali yang datang selepas Ibnu Taimiyah dalam kitab-kitab mereka adalah Ibnu Taimiyah. Ertinya, Ibnu Taimiyah bermazhab Hanbali.

Perkara ini jelas sekali bagi orang-orang yang rajin menelaah kitab. Aku berasa sangat pening apabila melihat musuh-musuhku begitu taasub pada mazhabnya. Sesiapa yang tidak mengikut pandangan mazhabnya barangkali akan disesatkannya. Dalam masalah ibunda dan ayahanda Nabi Muhammad shallahu’alaihiwasallam, ulama Ahli Sunnah mempunyai dua pandangan. Pertama, bahawa mereka termasuk dalam ahli neraka. Kedua, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Aku tahu, kita semua berpegang dengan pendapat kedua. Tetapi, adakah ini bermakna pendapat pertama adalah sesat? Imam Mulla ‘Ali al-Qari yang meninggal pada tahun 1014 H telah menulis kitab khusus membela pendapat ini. Tajuknya, Adillah Mu’taqad Abi Hanifah al-A’dzham fi Abaway al-Rasul ‘alaihi al-Shalah wa al-Salam. Dibawanya dalil dari al-Quran, hadis, dan ijmak. Menerusi kitab tersebut, beliau membantah Imam Sayuthi yang membela pegangan kedua yang telah menulis risalah al-Ta’dzhim wa al-Minnah fi Anna Abaway Rasul Allah shallahu’alaihiwasallam fi al-Jannah. Berkenaan pendapat Imam Sayuthi ini, Imam al-‘Adzhimabadi berkata dalam ‘Aun al-Ma’bud: dan Syaikh Jalal al-Din al-Sayuthi telah menyelisihi al-Hafidz (Imam Nawawi) dan ulama-ulama muhaqqiqin dan mengitsbatkan iman dan keselamatan daripada azab neraka kepada mereka berdua (ibu bapa Nabi shallahu’alaihiwasallam) lalu beliau menulis banyak risalah tentangnya... [Al-Maktabah al-Syamilah versi 3.41, jil. 12, hal. 494]

Kesimpulannya, kedua-dua pandangan ini adalah muktabar di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Sekiranya ada kelompok yang ingin membela mana-mana pegangan, silakan tetapi dengan manhaj ilmiah. Aku berkata begini kerana wajib bagi sesiapa yang tahu kebenaran untuk mempertahankannya. Jika kalian rasa berada di atas kebenaran, kalian perlu membela kebenaran tersebut asalkan dengan kaedah-kaedah yang dibenarkan syarak. Yang menjadi salahnya, kalian menggunakan apa jua cara dan jalan sama ada betul atau salah semata-mata menegakkan pendapat pilihan.

Inilah sebabnya mengapa aku begitu sensitif dalam masalah-masalah ini. Aku tidak mencari musuh tetapi orang-orang yang menganggapku musuh. Berat pada sangkaanku bahawa merekalah yang cuba mengapi-apikan antara aku dengan PERMATA. Merekalah yang telah menyebarkan pautan blogku kepada ahli-ahli PERMATA supaya mereka semua benci kepadaku. Padahal, aku tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi sedemikian rupa.

Seorang sahabat yang menggelarkan dirinya Insan Faqirah telah menulis komentar terhadap artikelku. Katanya, aku tidak beradab. Gelaran ‘pak cik’ yang kuberikan kepada ustaz yang mengajar di Puskma sebagai sindiran telah dijadikan satu isu besar. Mungkin ustazah tersebut tidak tahu asal usul artikelku. Kalaulah beliau berada di tempatku, diasak dan didesak, pasti beliau sedar kata-katanya silap.

Kepada musuh-musuhku yang telah berbaik hati menjadi dalang kepada kontroversi ini, kami berharap agar kalian sudi menyebarluaskan artikelku ini supaya orang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Biarlah orang ramai tahu siapakah yang zalim dan siapakah yang dizalimi.

Wassalam.

Rabu, 25 Mei 2011

Jalan Ini

Mara dan terus mara,

Mara melalui jalan penjara,
Terus-menerus jangan berhenti,
Jangan berhenti sehingga mati!


Catatan: maaf andai artikel Pendirian Terhadap PERMATA dan PRU 2011/12 menimbulkan kontroversi atau polemik dalam kalangan mahasiswa. Sesungguhnya, kami hanya menyatakan pendirian kami untuk sahabat-sahabat yang bersama-sama kami. Bukan untuk membuka aib pimpinan kami mahupun mencari publisiti.

Jalan kami.