Selasa, 5 April 2011

Jalan Ini; Jalan Asing


Ghuraba' (orang-orang yang asing), ghuraba', ghuraba', ghuraba'
Ghuraba', kami tidak akan tunduk melainkan kepada Allah
Ghuraba', kami rela ghuraba' sebagai lambang hidup kami
Andai engkau bertanya tentang kami, kami tidak peduli dengan thaghut
Kami adalah tentera Allah; terus-menerus, jalan kami jalan yang telah dijamin
Kami tidak kisah dengan segala kekangan, malah kami akan terus mara untuk selama-lamanya
Lantaran itu, kami berusaha, berjuang, dan berperang dari awalnya, inilah dia orang-orang merdeka dalam dunia hamba
Betapa kami selalu mengingati satu waktu, hari ketika kami berasa bahagia, dengan kitab Allah yang kami baca pagi dan petang.

[Terjemahan nasyid Ghuraba' nyanyian al-Syaikh Sa'ad bin Sa'id al-Ghamidi dan lain-lain. Rujuk: http://wn.com/Nashid_Ghuraba]

Jalan Ini; Jalan Warisan


Al-Imam al-Khathib al-Baghdadi meriwayatkan daripada al-Auza'i bahawasanya beliau berkata:
عليك بآثار من سلف وإن رفضك الناس وإياك ورأي الرجال وإن زخرفوه بالقول فإن الأمر ينجلي وأنت على طريق مستقيم
Hendaklah engkau berpegang dengan peninggalan orang-orang terdahulu meskipun orang ramai menolakmu. Beringat-ingatlah kalian terhadap pendapat akal manusia walaupun ia menghiasinya dengan kata-kata. Sesungguhnya perkara itu akan menjadi jelas nyata sedangkan engkau berada di atas jalan yang lurus. [Syaraf Ashhab al-Hadits, al-Maktabah al-Syamilah versi 3.41, hal. 7, diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dalam al-Madkhal ila al-Sunan al-Kubra, al-Qurthubi dalam Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlih, dan lain-lain]

Isnin, 4 April 2011

Masalah Hukum Gambar Perempuan Bahagian Dua

Assalamualaikum!

Geniuslive berkata...
ooo baru tahu lukisan tu hanya ada zaman nabi...yg fotografi tak ada zaman nabi...
ana lupa juga laptop tak ada zaman nabi...
nikah dlm lptop pn xde zmn nabi... tp mgapa masih sah?kerana kita sudah moden,bernikah dlm satu majlis dtrima.begitu jg fotografi...
bab suku ye... jd bab nisfunya apa?bab sepenuhnya apa?

ayat 53 itu,menurut imam bukhori ayat itu tertuju kepada tetamu Nabi.sedangkn Nabi baru sahaja menikahi Zainab.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الرَّقَاشِيُّ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ حَدَّثَنَا أَبُو مِجْلَزٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمَّا تَزَوَّجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَيْنَبَ بِنْتَ جَحْشٍ دَعَا الْقَوْمَ فَطَعِمُوا ثُمَّ جَلَسُوا يَتَحَدَّثُونَ وَإِذَا هُوَ كَأَنَّهُ يَتَهَيَّأُ لِلْقِيَامِ فَلَمْ يَقُومُوا فَلَمَّا رَأَى ذَلِكَ قَامَ فَلَمَّا قَامَ قَامَ مَنْ قَامَ وَقَعَدَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَدْخُلَ فَإِذَا الْقَوْمُ جُلُوسٌ ثُمَّ إِنَّهُمْ قَامُوا فَانْطَلَقْتُ فَجِئْتُ فَأَخْبَرْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ قَدْ انْطَلَقُوا فَجَاءَ حَتَّى دَخَلَ فَذَهَبْتُ أَدْخُلُ فَأَلْقَى الْحِجَابَ بَيْنِي وَبَيْنَهُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ } الْآيَةَTelah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah Ar Raqasyi Telah menceritakan kepada kami Mu'tamir bin Sulaiman dia berkata; Aku mendengar Bapakku berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Mijlaz dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu dia berkata; Tatkala Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menikahi Zainab binti Jahsy, beliau mengundang orang-orang, lalu beliau menjamu mereka, mereka pun menikmati hidangan tersebut, kemudian mereka duduk dan berbincang-bincang." Lalu beliau merubah posisi seakan-akan ingin berdiri, namun orang-orang tidak juga berdiri, ketika beliau berdiri maka orang-orang pun ikut berdiri." Setelah itu tiga orang duduk lagi. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang dan hendak masuk ke kamar Zainab, namun orang-orang masih tetap duduk-duduk, setelah itu mereka berdiri dan beranjak pergi. Anas berkata; Lalu saya mengabarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahwa mereka sudah beranjak pergi." Kemudian beliau masuk dan saya mengikuti beliau masuk, lantas beliau menurunkan kain tirainya antara saya dengan beliau." Lalu Allah Azza Wa Jalla menurunkan (ayat): "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian masuk ke rumah Nabi…. (Al Ahzab: 53).
Hadis ini dikuatkn lagi dgn
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ قَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَا أَعْلَمُ النَّاسِ بِهَذِهِ الْآيَةِ آيَةِ الْحِجَابِ لَمَّا أُهْدِيَتْ زَيْنَبُ بِنْتُ جَحْشٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ مَعَهُ فِي الْبَيْتِ صَنَعَ طَعَامًا وَدَعَا الْقَوْمَ فَقَعَدُوا يَتَحَدَّثُونَ فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ ثُمَّ يَرْجِعُ وَهُمْ قُعُودٌ يَتَحَدَّثُونَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ إِلَى قَوْلِهِ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ } فَضُرِبَ الْحِجَابُ وَقَامَ الْقَوْمُ

jgn salah tafsir sesuka hati ustaz.rujuk la pakar tafsir.

nmpknye ustz lemah utk menggandingkn permasalahan pd waktu skrg dgn prmslhn di zaman nabi. ustz lemah sbb berjurusan usuluddin yg hnya trtumpu pada akidah dan pegangan sedangkn syariah sahajalah yang perlu ditanya mengenai permasalahan seperti ini...

tak apalah,mungkin kita perlu adakan tag nama yg ni "ustaz usuluddin" yg tu pula "ustaz syariah"

jgn tnya permsalahan aqaid pd ustz syariah dan jgn tnye psl prmslhn hukum pd ustz usuluddin.tak gitu ustz?

Jawab al-Kutawi: wahai saudara, inilah bab sepenuhnya jika saudara mengetahuinya!

Seperti yang sudah saya sebutkan sebelum ini bahawa apa yang saya nyatakan dalam artikel yang lepas berkenaan hukum tashwir dan fotografi adalah mengikut pandangan ulama dan bukannya mengikut pandangan peribadi saya!

Dalam masalah fotografi, terdapat khilaf dalam kalangan ulama sama ada mengqiyaskannya dengan tashwir atau tidak. Sesuatu tidak boleh diqiyaskan dengan sesuatu yang lain selagi tidak wujud rukun-rukunnya seperti: sesuatu yang ingin diqiyaskan kepadanya (ashl), sesuatu yang diqiyaskan kepada sesuatu yang lain itu (far'), hukum ashl, dan 'illah al-hukm. Di sini, ashl adalah tashwir, far' adalah fotografi, hukum asal adalah haram, dan 'illah tahrimnya pula apa? Di sinilah letaknya khilaf. 'Illah pula mestilah muta'addi bukan qashirah.

"Dan di antara perkara yang tidak ragu-ragu lagi bahawa semua nas yang disebutkan berkenaan tashwir dan gambar bermaksud gambar-gambar yang diukir dan dilukis sebagaimana yang telah kami sebutkan. Adapun gambar-gambar yang diambil menggunakan alat-alat fotografi adalah sesuatu yang baru yang tidak terdapat pada zaman Rasulullah shallahu'alaihiwasallam dan juga orang-orang Islam yang terdahulu. Jadi, adakah hukum tashwir dan mushawwirin pada zaman mereka itu diaplikasikan juga pada gambar-gambar fotografi?"

[Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam oleh al-Qaradhawi, cetakan 1994 al-Maktab al-Islami, hal. 109]

Saudara, sila kemukakan 'illah hukum pengharaman tashwir yang ada pada fotografi sehingga fotografi juga menjadi haram!

"Adapun gambar-gambar fotografi asalnya adalah harus selagi tidak mengandungi benda-benda yang haram."
[Ibid, hal. 113]

Saya memilih pendapat ini dan terserahlah kepada saudara untuk memilih pendapat mana. Saya memilih pendapat al-Syaikh Shalih bin 'Utsaimin, al-Syaikh Ramadhan al-Buthi, al-Syaikh Salman al-'Audah, dan al-Syaikh al-Qaradhawi. Saudara mentarjihkan pendapat yang mengharamkannya sedangkan saya pula mentarjihkan pendapat yang mengharuskannya.

Tidak perlu saudara sinis menyebut: ooo baru tahu lukisan tu hanya ada zaman nabi...yg fotografi tak ada zaman nabi...
ana lupa juga laptop tak ada zaman nabi...
nikah dlm lptop pn xde zmn nabi... tp mgapa masih sah?kerana kita sudah moden,bernikah dlm satu majlis dtrima.begitu jg fotografi...
bab suku ye... jd bab nisfunya apa?bab sepenuhnya apa?

Tidak perlu!

Berkenaan nikah melalui alat telekomukasi, nikah sudah wujud pada zaman Rasulullah shallahu'alaihiwasallam berbeza dengan fotografi. Nikah masih sah menggunakan alat telekomunikasi kerana memenuhi rukun-rukunnya. Nikah benda yang jelas-jelas disebut dalam nas tetapi fotografi tidak. Tidak ada khilaf tentang hukum nikah dalam Islam tetapi ada khilaf tentang hukum fotografi. Mengapa disamakan kedua-dua perkara yang berbeza ini?

Saya masih tidak tahu saudara bermazhab dan bermanhaj apa. Jika dikatakan Salafi, Salafiyyah tidak bersepakat dalam mengharamkan fotografi. Wujud khilaf muktabar. Al-Syaikh Ibnu 'Utsaimin, ulama besar Salafiyyah mengharuskan fotografi. Jika dikatakan Syafi'i seperti pelajar-pelajar pondok, tidak ada pula kedengaran mereka mengharamkan fotografi. Jika dikatakan mengikut mazhab Syafi'i seperti Habib 'Umar di Yaman, beliau juga saya kira mengharuskannya. Jika dikatakan saudara mengikut al-Syaikh al-Qaradhawi, beliau mengharuskan fotografi. Jika mengikut tarjih aqwal al-'ulama', saya lihat saudara saudara bukan ahli tarjih!

Saudara ini dari aliran mana, ya? Ulama manakah yang diikuti atau sudah mencapai pangkat mujtahid?! Bersabarlah, saya lihat saudara dan saya sama-sama masih jahil.

Jika dikatakan: jika tahu masih jahil mengapa bercakap tentang agama?
Jawab saya: saya bercakap mengikut kata-kata ulama yang berpangkat mujtahid!

Saya cukup-cukup tersinggung dan kecewa dengan penyataan saudara tentang tafsir. Saudara mengatakan saya mentafsirkan ayat al-Quran sesuka hati sedangkan dan bahkan saudaralah yang mentafsirkan ayat al-Quran mengikut kefahaman sendiri tanpa merujuk ulama tafsir yang muktabar!! Saya rasa saudara telah membaca Shahih al-Bukhari tetapi saudara membaca sahaja atau mempelajarinya dengan mana-mana syaikh? Saya lihat banyak pendapat yang saudara simpulkan dari hadis-hadis tidak seperti yang difahami oleh ulama. Contohnya, dalam masalah hijab Siti 'A'isyah, saudara mengambil kesimpulan dari hadis itu tentang keharusan mendedahkan muka bagi perempuan sedangkan sejauh pengetahuan saya, tidak ada seorang pun ulama yang melakukan hal itu!!

Pelik!
Ajaib!

Bahkan saudara, bagaimana hendak didalilkan dengan perbuatan Rasulullah shallahu'alaihiwasallam melihat wajah Siti 'A'isyah sebelum berkahwin kerana ayat hijab turun selepas Hijrah sedangkan perkahwinan baginda dengan Siti 'A'isyah berlaku sebelum Hijrah. Kedua, harus untuk orang yang ingin meminang untuk melihat wajah perempuan yang ingin dipinang. Jadi, tidak salah untuk meminta wanita yang berniqab membuka niqabnya.

Tidak wujud sebarang istidlal dalam hadis ini.

Di manakah penilaian anda sebelum mengutarakan hal ini?! Mengapa?!

Jangan memandai-mandai memahami hadis wahai saudara!!

Berkenaan ayat ke-53 Surah al-Ahzab, saya sudah merujuk pakar tafsir, al-Imam Ibnu Katsir, murid kepada al-Imam Ibnu Taimiyah. Katanya: ini adalah ayat hijab dan terdapat hukum-hukum dan adab-adab syar'i... [Tafsir Ibnu Katsir, cetakan pertama tahun 2007, Dar al-Ghadd al-Jadid, Kaherah, jil. tiga, hal. 468]

Beliau juga mengatakan: yakni, sebagaimana Aku (Allah) melarang kalian daripada masuk kepada mereka, begitu juga kalian jangan memandang kepada mereka secara kulli. Sekiranya salah seorang daripada saudara mempunyai hajat yang memerlukan mereka memberikannya kepadamu maka jangan pandang kepada mereka dan tidak boleh meminta apa-apa perkara kecuali di sebalik hijab. [Ibid, hal. 470]

Berkenaan ayat tersebut diturunkan pada perkahwinan baginda shallahu'alaihiwasallam dengan Siti Zainab, terima kasih kerana memberitahu saya sesuatu yang baru ini. Cuma, saudara jangan lupa kaedah tafsir: al-'ibrah bi 'umum al-lafdzh la bi khushush al-sabab; dan kaedah-kaedah lain. Jika begitu, banyaklah ayat-ayat al-Quran yang tidak boleh dipraktikkan kerana diturunkan kepada baginda Rasulullah shallahu'alaihiwasallam, ahli keluarga, dan sahabatnya sahaja!

Al-Syaikh 'Abd al-'Aziz bin Baz mengatakan: ayat tersebut (surah al-Ahzab ayat ke-53) walaupun diturunkan kepada para isteri Nabi shallahu'alaihiwasallam tetap memberi maksud mereka (isteri baginda shallahu'alaihiwasallam) dan wanita-wanita lain kerana keumuman 'illah dan makna dalam perkara tersebut.

[Min Fatawa 'Ulama' al-Balad al-Haram, hal. 296]

Sekiranya saudara mengkhususkan ayat ini kepada sebab nuzulnya yang berlaku pada zaman Rasulullah shallahu'alaihiwasallam sahaja, saudara pun perlu mengkhususkan ayat-ayat tentang tashwir pada zaman Rasulullah shallahu'alaihiwasallam sahaja pula. Jangan kaitkan tashwir dengan fotografi kerana fotografi tidak wujud pada zaman baginda!!

Berkenaan usuluddin atau syariah tidak menjadi masalah bagi saya sebenarnya tetapi adalah lebih baik jika saya menumpukan bidang yang saya pelajari. Hukum fotografi dan wajah wanita tidak perlu saya yang bincangkan, sepatutnya telah dikaji oleh mahasiswa-mahasiswa Syariah. Tapi, disebabkan kelekaan mereka, saya terpaksa menggantikan mereka.

Saya berharap saudara tidak memprovokasi saya. Saya juga berharap agar saudara kembali menyemak masalah ini dan tidak menggunakan akal semata-mata dalam memahami agama. Bacalah kitab-kitab syarah kepada Shahih al-Bukhari seperti Fath al-Bari, Faidh al-Bari, 'Umdah al-Qari, dan sebagainya. Jangan baca matan hadis sahaja tanpa syarahnya. Jika tidak, saudara tidak akan dapat memahami maksud sebenar hadis tersebut dan menyalahgunakan hadis tersebut seperti berlaku pada hadis ibunda kita, 'A'isyah radhiyallahu'anha. Nas-nas syarak ada yang umum, khusus, muthlaq, muqayyad, nasikh, mansukh, dan sebagainya. Juga tidak cukup penguasaan bahasa Arab semata-mata untuk memahami nas dengan baik.

Saudara perlu mengaku, saudara masih belum sampai ke peringkat mujtahid, jadi, la budda min al-taqlid aw al-ittiba'.

Saya mengaku, saya masih bertaqlid sambil cuba mencari dalil dan mentarjih aqwal al-'ulama'. Saya bukan ustaz dan tidak layak dipanggil 'ustaz'. 'Ustaz' adalah gelaran saya kepada guru-guru saya sebagai tanda penghormatan dan kepada para alim ulama. Saya mensyaratkan seseorang itu perlu memahami al-Quran berserta pengetahuannya tentang hadis-hadis dalam kutub sittah selain menguasai ilmu-ilmu asas yang lain.

Ya, saudara, setakat ini sahajalah perbincangan saya kali ini. Saya dedahkan kesalahan saudara supaya saudara sedar dan insaf kerana tidak layak bagi kita yang masih mentah ini untuk menolak pendapat-pendapat ulama yang lebih besar dari kita kecuali dengan alasan yang munasabah. Saya menolak al-Syaikh al-Qaradhawi dalam masalah muzik bukanlah kerana saya berasa besar diri tetapi kerana saya memilih untuk mendukung manhaj dan jalan hidup ulama-ulama yang jauh lebih agung berbanding al-Syaikh al-Qaradhawi seperti imam yang empat, al-Imam al-Nawawi, Ibnu Taimiyah, dan sebagainya. Inilah manhaj saya!

Apakah pula manhaj saudara? Memahami Shahih al-Bukhari mengikut selera sendiri?

Oklah, saya minta maaf andai terkasar. Lagipun, tidak ada yang mengenali saudara untuk membuatkan saudara berasa malu. Lainlah saya, saya sudah menjadi begitu terkenal di Mu'tah ini kerana polemik dalam blog saya yang mencetuskan kontroversi.

Semoga saya diampunkan Allah. Nah saudara, mintalah ampun dari Allah untuk saya!

Jika ada sebarang jawapan ke atas penerangan saya ini, silalah kemukakan tapi saya mungkin tidak akan menjawabnya kerana apa yang saya dukung ini adalah pendapat para ulama sedangkan apa yang saudara utarakan, nampaknya bukan dari ulama, bahkan hasil pengamatan sendiri kecuali beberapa perkara yang sudah jelas; jadi saya serahkan kepada ulama-ulama untuk menjawab jawapan yang bakal saudara berikan nanti, jika ada.

*Sedikit tentang ayat hijab tadi, saya tidak menjadikan ayat tersebut sebagai hujah atau tempat beristidlal tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa ibu-ibu kita radhiyallahu'anhunna mengenakan hijab untuk mengajar lelaki ajnabi. Dapat diambil i'tibar di sini bahawa wajah wanita adalah aurat yang tidak boleh dilihat oleh lelaki ajnabi dan tidak boleh dipamerkan di tempat yang dikhusukan untuk pandangan seperti pentas ceramah, teater, lakonan, pengacaraan majlis, padang bola, majalah, akhbar, internet, dan sebagainya. Ini juga pendapat ulama muktabar dan bukannya pendapat peribadi saya. Jadi, jika hendak sanggah pun saya tidak bimbang kerana kami ada hujah! Saya memilih pendapat ini kerana kekuatan hujahnya selain menepati manhaj Islam yang suci murni sebagaimana yang dibawa oleh para sahabat dan pengikut-pengikut mereka ridhwanallahi'alaihim.

Sekian, wassalamualaikum.

Naik perahu ke negara Kenya,
Kononnya nak cari ikan siakap,
Dah tak lalu nak makan keli;
Jika kita tak tahu, tanya,
Jika saya tak kena, cakap,
Tak perlulah nak perli-perli.

Masalah Hukum Gambar Perempuan

Catatan: beberapa bulan sebelum ini, kami telah terbitkan terjemahan fatwa berkenaan hukum gambar perempuan dalam blog kami yang lama beralamat alkutawisyah.blogspot.com yang telah ditukar menjadi blog Laman Buku Dari Hati Kecil Kami. Seorang pembaca tidak berapa setuju dengan fatwa tersebut lalu mengutarakan sebuah komentar. Komentar tersebut telah kami jawab seupaya kami.

Kerana kami memandang polemik ini mempunyai manfaat untuk diri kami dan umat Islam sekalian, kami bawakan semula komentar beliau dan jawapan kami di sini. Wassalam.

Salam.ana bawakan hadis bersama sanadnya mgenai haram gmbr2 yg bnyawa dipamerkan.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ أَخْبَرَنَا عَوْفٌ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي الْحَسَنِ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا إِذْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا عَبَّاسٍ إِنِّي إِنْسَانٌ إِنَّمَا مَعِيشَتِي مِنْ صَنْعَةِ يَدِي وَإِنِّي أَصْنَعُ هَذِهِ التَّصَاوِيرَ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَا أُحَدِّثُكَ إِلَّا مَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ سَمِعْتُهُ يَقُولُ مَنْ صَوَّرَ صُورَةً فَإِنَّ اللَّهَ مُعَذِّبُهُ حَتَّى يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ بِنَافِخٍ فِيهَا أَبَدًا فَرَبَا الرَّجُلُ رَبْوَةً شَدِيدَةً وَاصْفَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ وَيْحَكَ إِنْ أَبَيْتَ إِلَّا أَنْ تَصْنَعَ فَعَلَيْكَ بِهَذَا الشَّجَرِ كُلِّ شَيْءٍ لَيْسَ فِيهِ رُوحٌ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ سَمِعَ سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ مِنْ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ هَذَا الْوَاحِدَ
Tlh mceritakn kpd kami Abdullah b. Abdul Wahhab tlh mceritakn kpd kami Yazid bin Zurai' tlh mngabarkan kpd kami Auf dri Sa'id b. Abi Al Hasan berkata;Aku prnah bsama Ibnu 'Abbas R.A. ktika dtg seorang kpdanya seraya bkata; "Wahai Abu Abbas,aku adlh seorang yg mata pencaharianku adlh dgn keahlian tgnku yaitu mbuat lukisan sprti ini".Maka Ibnu 'Abbas berkata:"Aku taklah myampaikan kpdamu pkataan mlainkn dri apa yg prnh aku dgr dri Rasulullah S.A.W. yg Baginda bsabda:"Siapa yg mbuat gmbr lukisan,Allah akn menyiksanya hgga dia mniupkan ruh (nyawa) kpd gmbrnya itu dan sekali-kali dia tak akn bisa mdatangknnya slamanya".Maka org tsebut sgt ktakutn dgn wajah yang pucat pasi lalu bkata:"Bagaimana pndptmu klu aku tak bisa mninggalkannya kcuali ttp menggambar?" Dia (Ibnu Abbas) bkata: "Gmbrlh olehmu ppohonan & stp ssuatu yg tak mmiliki nyawa". Berkata, Abu Abdullah Al Bukhariy: Said bin Abi 'Arubah mendengar dari An-Nadhar bin Anas sendirian.
[Sohih bukhori]

bkn prmpn shj tak ble letak gmbr tp laki jg sma krn ianya gmbr BERNYAWA.ya,bnr ustaz kata wnita i2 tak lain ksemuanya adlh aurat bg laki krn pndngn laki mmg nakal(maaf gna istilah ini).tp ana nk fokus pd tajuk ustaz mngenai "tak ble mbenarkn gmbr wjh prmpn diambil samaada utk dgunakn dlm psport @ sbgainya krn wjhnya adlh aurat".

ustaz budiman,bkn gmbr prmpn ja...tp sama juga GAMBAR LELAKI.
ustz jg mpamerkn gambar ustaz.jd ana konfius dgn ustaz.sbb klu pndgn wanita itu sama nakal dgn laki macam mana?muka laki jg aurat lah?

stu lg brikan ana hujah qatie yg mgatakan wajah itu aurat.dr al-Quran,hadis n ijma'...
jika al-quran, keluarkn tafsiran para ahli tafsir,dan jika sunnah keluarkn syarahnya skali

stu soalan ana utk ustaz dan minta ustaz fikir : jika benar wajah perempuan itu aurat, matinya nanti perlulah ditutup mukanya kerana bagi si mati, perlulah ditutup semua auratnya termasuk wajahnya?ya lah...ustaz katakan wajah perempuan itu aurat.perlu la kita tutup auratnya kan,kan,kan? nah, fikir2kanlah ustaz yg arif bijaksana.

Sedangkan Saidatina Aisyah jg sblm dinikahi Nabi,tak bepurdah mgikut hdis ini

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ بْنِ حُنَيْنٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ دَخَلَ عَلَى حَفْصَةَ فَقَالَ يَا بُنَيَّةِ لَا يَغُرَّنَّكِ هَذِهِ الَّتِي أَعْجَبَهَا حُسْنُهَا حُبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاهَا يُرِيدُ عَائِشَةَ فَقَصَصْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَبَسَّمَ

Tlh mceritakn kpd kmi Abdul Aziz b. Abdullah Tlh mceritakn kpd kmi Sulaiman dri Yahya dari Ubaid b. Hunais ia mdngar Ibnu Abbas dri Umar
R.A.,bhwa ia mnemui Hafshah dan bkata,"Wahai anakku,jgnlh kmu smpai tperdaya.Wnita inilah yg mmg mbuatnya cinta Rasulullah S.A.W. ta'ajub lntaran kcantikn wajahnya."Mksudnya adlh Aisyah.Lalu aku pun mceritaknnya pd Rasulullah S.A.W.,dan beliau pun tsnyum.

[Sohih Bukhori]


--Perbincangan ilmiah--

Sekian, soalan daripada sahabat yang bertanya.

"Perempuan adalah aurat" [Al-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Ibnu Khuzaimah; riwayat Ibnu Hibban disahihkan oleh al-Arna'uth. Disahihkan oleh al-Albani]

Wahai saudaraku, ketahuilah bahawa dalam masalah ini ada khilaf dalam kalangan ulama.

Ulama Ahl al-Sunnah mempunyai beberapa pandangan dalam hal ini. Jadi, apa yang saya bawakan adalah pendapat yang sebelah pihak. Adapun pendapat saya sendiri, maka, di sana, saya masih dalam proses kajian dan perincian.

Fotografi tidak sama seperti lukisan, ini sebagaimana yang saya ingat adalah pandangan majoriti ulama. Golongan ulama yang paling syadid dalam bab ini adalah ulama Salafiyyah sedangkan dalam kalangan mereka sendiri terdapat pelbagai pandangan.

Ada antara mereka berpendapat haram mengambil gambar benda hidup kerana manqiyaskannya dengan tashwir. Ada ulama yang membezakan antara tashwir dengan fotografi kerana fotografi umpama cermin yang memantulkan bayang-bayangnya, bukan seperti tashwir yang digoreskan pada sesuatu tempat.

Ulama yang mengharamkannya adalah al-Syaikh Shalih Fauzan dan yang mengharuskannya adalah al-Syaikh Shalih bin 'Utsaimin. Demikian juga pendapat al-Syaikh al-Qaradhawi. (Tambahan baru: pendapat yang mengharuskannya adalah jumhur ulama semasa dan yang mengharamkan adalah sebahagian ulama Hanabilah atau Salafiyyah)

Jadi, maudhu' perbincangan kita di sini bukan tentang masalah harus atau tidaknya fotografi tetapi tentang harus atau tidaknya mempamerkan aurat di hadapan umum. Bagi kami, tidak harus mempamerkan aurat walaupun hanya bi al-nisbah li al-nadzhar sama sekali. Adapun lelaki, maka, lelaki bukanlah aurat seperti perempuan.

Membawakan beberapa dalil tentang masalah keharusan fotografi tidak cukup dalam masalah ini kerana di sana terdapat banyak dalil yang menyokong hujah kedua-dua belah pihak yang telah dijawab oleh pihak masing-masing. Jadi, jika hendak membahaskan perkara ini, sepatutnya, kajian yang melibatkan dalil-dalil dan pendapat-pendapat yang banyak. Saya syorkan sahabat menulisnya dalam sebuah buku dan diberikan kepada ulama untuk disemak sebelum diterbitkan. Semoga cadangan ini diterima.

Satu lagi, hukum Islam dalam hal ini tidak boleh dikaitkan dengan 'nakal' atau tidak. Ini ada perincian yang tersendiri yang tidak dapat saya nyatakan di sini. Fikirkanlah, mengapa wanita disuruh bertudung? Untuk menjaga daripada pandangan lelaki? Mengapa lelaki tidak perlu bertudung? Bukankah perempuan juga ada yang galak memandang lelaki?

Saudara, al-Quran, hadis, dan kitab-kitab syarahnya serta kitab-kitab fiqh berlambakan untuk diselongkar kembali oleh saudara. Kita tidak boleh memahami agama dengan menggunakan akal semata-mata. Seperti masalah tadi, mengapa hukum fotografi yang dipersoalkan di sini? Mengapa hukum fotografi dikaitkan dengan tashwir? Mengapa dan mengapa?

Satu lagi, janganlah dicampur-adukkan masalah mempamerkan gambar atau tidak. Ini bab suku. Mempamerkan yang dimaksudkan di situ di mana? Di dinding rumah, di dinding masjid, di papan iklan, atau pada skrin? Di skrin siapa pula; peribadi atau umum? Ini bab suku!!
***

Wahai saudara, pelajarilah al-Quran dan sunnah secara rinci dan teliti sebelum membuat beberapa persoalan. Dalam persoalan yang dikemukakan pun saya nampak ada beberapa perkara yang tidak kena. Pertama, saya tidak pernah menyatakan bahawa wajah perempuan adalah aurat secara mutlak. Saya hanya nyatakan bahawa wajah perempuan adalah aurat bi al-nisbah ila al-nadhzar iaitu bernisbahkan kepada pandangan ajnabi. Jadi, lelaki ajnabi tidak boleh memandang wajah perempuan kerana wajah mereka adalah aurat. Jika saudara hendakkan kepastian, saya boleh nyatakan dalil-dalilnya dari al-Quran dan sunnah. Saya bukan mujtahid tetapi saya merujuk kepada ulama dalam bab ini ditambah dengan kajian saya sendiri berpandukan nas-nasnya. Saya telah nyatakan hal ini dalam artikel Dari Mata Turun ke Hati, tapi artikel tersebut kurang 'gagah' keran saya mengarangnya dalam serba kekurangan rujukan tidak seperti sekarang.

Wajah perempuan tidak aurat bernisbahkan bahagian badan yang perlu ditutup. Maknanya, wajah perempuan tidak perlu ditutup tetapi tidak boleh dipandang oleh lelaki ajnabi. Ini adalah kata-kata ulama, bukan saya wahai saudara! Sila rujuk al-Fiqh al-Islami oleh al-Syaikh al-Zuhaili.

Jadi, saudara silap menyandarkan pendapat tentang auratnya wajah perempuan kepada saya. Walaupun begitu, pendapat tentang auratnya wajah perempuan bernisbahkan bahagian badan yang perlu ditutup (bukan bi al-nisbah ila al-nadhzar) adalah pendapat muktabar di sisi fuqaha Ahl al-Sunnah. Jadi, kita tidak boleh menyanggahnya kecuali dengan adab al-khilaf yang terjaga. Pendapat inilah yang dipegang oleh kebanyakan ulama al-Salafiyyah dan turut diamalkan oleh madrasah al-Habib 'Umar di Yaman. (Tambahan baru: kami dalam perincian tentang auratnya wajah perempuan dan sekarang lebih condong kepada keauratannya)

Kedua, saudara masih keliru mengapa hanya wajah perempuan yang tidak boleh dipamerkan di khalayak umum sedangkan lelaki diharuskan. Kekeliruan ini sepatutnya terjawab jika saudara mengambil sedikit masa untuk membelek-belek kitab-kitab hadis dan fiqh; bahkan jika saudara meluangkan masa sesaat untuk membaca al-Quran tentang ayat ke-53 Surah al-Ahzab. Dalam sejarah, ummahat al-mu'minin mengajar lelaki-lelaki ajnabi di belakang tabir kerana mereka tidak boleh meletakkan wajah mereka di tempat pandangan umum. Wajah perempuan adalah aurat yang tidak boleh dipandang oleh lelaki sedangkan tempat pandangan umum adalah tempat pandangan mata lelaki. Jadi, amatlah pelik jika kita katakan wajah perempuan adalah aurat yang tidak boleh dipandang oleh lelaki tetapi dalam masa yang sama kita membenarkan lelaki memandangnya dengan senang hati dengan mendedahkannya di hadapan umum!

Kita tidak boleh menyamakan antara lelaki dengan perempuan; gambar saya dengan gambar perempuan. Hal ini disebabkan oleh perbezaan hukum antara aurat lelaki dengan perempuan. Kita tidak berbicara tentang rangsangan syahwat yang timbul dalam diri apabila melihat tetapi hukum yang umum. Aurat lelaki hanyalah apa yang terdapat antara pusat dengan lutut manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya selain muka dan tapak tangan. Aurat lelaki bagi pandangan perempuan tetap antara pusat dengan lutut. Aurat perempuan bagi pandangan lelaki pula adalah seluruh tubuhnya! Ini berbeza.

Jadi, lelaki harus mempamerkan gambarnya kerana lelaki bukanlah aurat berbeza dengan perempuan yang sebagaimana kata Abu Bakr al-Makhzumi, murid Saidatina 'Aisyah, Umm Salamah, dan Abu Hurairah RA: semua benda daripada perempuan adalah aurat hatta termasuk kukunya! Selain itu, saudara perlu faham bahawa sesiapa pun tidak boleh memandang sesiapa pun juga jika dalam keadaan bernafsu dan bersyahwat. Lelaki tidak boleh memandang lelaki jika memandangkan dengan nafsu begitu juga perempuan. Apatah lagi lelaki dengan perempuan!!

Ini adalah perbincangan hukum fiqh yang dilalaikan oleh ramai ulama semasa.

Jadi, inilah perbincangan ringkas saya dalam masalah ini. Saya memang bercadang untuk mengemukakan hujah-hujah untuk membuktikan bahawa wanita tidak harus mempamerkan dirinya di hadapan umum (tempat yang dikhususkan untuk pandangan seperti pentas, media, dan sebagainya) tetapi tidak dapat dimulakan kerana kesibukan. Saya juga amat dukacita kerana tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat saya di sini yang dapat membantu saya padahal mereka lebih patut terkehadapan dalam perkara fiqh sebegini. Saya usuluddin!

Ya, saya tahu hujah saya dalam artikel kali ini belum cukup memuaskan hati saudara. Saya cadangkan saudara merujuk kitab-kitab ulama muktabar yang amat banyak untuk disebut di sini. Apa yang saya pegang ini bukan pendapat baru tetapi pendapat yang benar dan tepat berdasarkan al-Quran, sunnah, atsar salaf, dan kata-kata ulama. Ini juga mazhab Syafi'i. Saya boleh berikan jawapan yang insya-Allah memuaskan hati jika saudara berikan masa selama sebulan dua kepada saya. Saya nasihatkan saudara supaya mengkaji sebelum bertanya dengan sindiran sinis supaya soalan saudara tidak menjadi 'nakal'!

Berkenaan dua buah hadis yang dibawakan itu, saya nyatakan, hadis pertama adalah tentang hukum tashwir, bukan fotografi. Gambar yang dibahaskan di sini adalah gambar fotografi, bukan gambar yang dilukis tangan. Hadis kedua pula dibawakan oleh saudara untuk menunjukkan bahawa Siti 'A'isyah tidak berniqab sehingga dilihat oleh Rasulullah shallahu'alaihiwasallam. Hadis ini tidak ada kaitan langsung dengan perbincangan kita kerana saya sudah nyatakan bahawa niqab tidak wajib dipakai kerana wajah bukanlah aurat bernisbahkan bahagian tubuh yang perlu ditutup.

Terima kasih kerana bertanya.

Maaf kalau terasa. Saya terikut-ikut dengan gaya al-Syaikh al-Albani dalam memangkah orang.
Jangan segan memberi jawapan.

Semoga bermanfaat.

Wassalam...

Penjelasan Ringkas tentang Muzik


Pandangan yang kami pilih berkenaan muzik adalah:

Seluruh alat muzik adalah haram dibeli atau digunakan kecuali kompang dan gendang pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha selain pada majlis-majlis perkahwinan.

Catatan: pandangan ini adalah pendapat jumhur ulama termasuk ulama-ulama mazhab Syafi'i, selain merupakan pandangan yang dipertahankan oleh ahli-ahli hadis dan Hanabilah atau Salafiyyah. Pandangan yang dipilih ini bertentangan dengan pendapat al-Syaikh Abu Zahrah, Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi, 'Abd Allah al-Jadi', dan beberapa ulama muta'akhkhirin lain. Pendapat yang mengharamkan muzik ini juga berlawanan dengan pendapat yang diterima dan diamalkan oleh majoriti umat Islam sekarang.

Pendapat ini dipilih kerana mengikuti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih lagi sarih berkenaan hukum muzik. Peninggalan para sahabat, tabiin, dan ulama-ulama salaf juga menyaksikan keharaman muzik. Selain itu, pandangan ini turut disokong oleh mazhab-mazhab yang empat. Meninggalkan pendapat ini dengan mengambil pendapat ulama-ulama tanpa alasan yang kukuh bererti menolak al-Quran, hadis, dan ulama-ulama besar dunia Islam.

Dalam dunia Islam, pendapat yang mengharuskan muzik adalah syaz seperti pendapat yang mengharuskan nabiz -sejenis minuman yang memabukkan- dalam mazhab Abu Hanifah. Akan tetapi, pada hari ini, pendapat nabiz telah ditolak oleh ulama dan pendapat yang mengharuskan muzik telah menjadi masyhur. Dalam hadis yang sahih daripada Abu Malik al-Asy'ari, Rasulullah shallahu'alaihiwasallam bersabda yang mafhumnya:

Akan ada dalam kalangan umatku beberapa golongan yang menghalalkan zina sutera, arak, dan alat-alat muzik.

Selain itu, kehadiran pendapat yang ini ke dalam dunia Islam telah menyebabkan pemuda-pemuda Islam mengisi masa-masa mereka dengan mendengar lagu dan muzik. Selain itu, nasyid-nasyid yang bermuzik turut dijadikan halwa telinga sehingga menyebabkan al-Quran, hadis, dan kitab-kitab ulama ditinggalkan.

Jadi, dengan tujuan mengembalikan roh Islam ke dalam umat Islam, kami berusaha untuk mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk meninggalkan muzik walaupun dalam nasyid. Kami tidak sanggup melihat umat Islam terikut-ikut dengan rentak dunia sehingga mengetepikan ajaran Islam yang sebenar.

Sesetengah orang berkata bahawa muzik dalam nasyid berfungi sebagai bahan dakwah kepada anak-anak muda. Jawapan kami, sesungguhnya kemungkaran tidak akan dapat dihapuskan dengan kemungkaran sebagaimana najis tidak akan suci dengan basuhan air kencing. Malah, realitinya, nasyid sendiri telah melalaikan umat Islam dari membaca al-Quran dan berzikir. Lihatlah juga perbezaan dunia penuntut ilmu agama. Dahulu, mereka asyik mempelajari agama, mengkaji makna-makna al-Quran, menghafal hadis, dan menelaah kitab-kitab ulama. Kini, penlajar-pelajar agama telah disibukkan dengan lagu dan muzik yang kadang-kadang didengar atas nama 'hiburan Islam masa kini' selain leka bermain permainan komputer seperti Pro Evolution Soccer (PES) dan filem-filem Barat.

Jadi, pendapat kami ini kami pilih dan kami pertahankan habis-habisan melebihi pendapat-pendapat pilihan kami dalam masalah-masalah lain kerana kami memahami aulawiyyat dan waqi'. Pada hemat kami, masalah umat Islam berpunca daripada kegawatan yang melanda pemuda-pemudanya. Tanpa hiburan yang haram, para pemuda Islam akan mampu melawan musuh-musuh mereka dengan gagahnya. Dengan alasan ini jugalah kami mendesak remaja-remaja untuk berkahwin pada usia yang muda iaitu supaya mereka terhindar dari fitnah cinta sekali gus mampu menumpukan usaha ke arah cita-cita Islam.

Pada masa yang sama, kami tumpukan perhatian kami dalam masalah pengharaman muzik untuk mengingatkan kepada ustaz-ustaz dan para pelajar agama bahawa mereka masih belum benar-benar berpegang dengan prinsip pegangan mereka. Jika benar, mengapa yang mengaku bermazhab Syafi'i menolak mazhab mereka dalam perkara ini? Begitu juga dengan golongan tajdid, mengapa memilih pendapat yang bercanggah dengan hadis dan atsar-atsar salaf dalam hal ini? Jika benar pendapat kalian lebih kuat, mengapa berdiam diri apabila ulama-ulama Hanabilah menghujah kalian?

Pandangan pilihan kami ini sememangnya aneh dan mungkin akan ditertawakan oleh ramai orang. Mereka akan mengatakan kami kolot, tidak mengikut perkembangan zaman, syadid, dan barangkali mereka akan mengatakan kami ghuluww dalam beragama. Ya Allah! Tambahan lagi, pendapat ini ditentang pula oleh ulama ikutan ramai, al-Syaikh Yusuf al-Qaradhawi!!

Siapa pun yang mengatakan bahawa muzik itu halal tidak akan kami endah perkataannya melainkan kata-katanya bertunjangkan al-Quran dan sunnah. Al-Syaikh al-Qaradhawi memang hebat dan kami terhutang budi dengan beliau dalam banyak perkara. Tapi, bukankah sudah menjadi pegangan umat Islam segala kata-kata yang menyalahi al-Quran dan sunnah adalah tertolak.

Kami tahu, kalian pasti akan bertanya kami, siapakah kamu yang hendak mentarjihkan sesuatu pendapat? Jawapan yang kami berikan, siapa pula kamu yang ingin mentarjihkan pendapat al-Qaradhawi? Atau pasti kalian akan menjawab pula, kita sama-sama memilih pendapat yang kita sukai. Kami suka pendapat al-Qaradhawi dan kamu suka pendapat ulama-ulama lain. Sama-sama ulama.

Kami sekali-kali tidak akan membiarkan kalian tersenyum melebar dengan jawapan tersebut. Kami akan menjawab pula, kalau begitu, ulama-ulama melontarkan pendapat, lalu kita bebas memilihnya tanpa sebarang neraca dalam menilai? Nah, tidak sama sekali wahai umat Islam. Kita pilih pendapat yang menepati nas-nas yang sahih lagi sarih. Mana yang lebih kuat, kita pegang, mana-mana yang lemah, kita ketepikan.

Kami hormati pandangan para ulama tetapi menghormati pandangan seseorang tidak boleh menghalang kami daripada menasihati umat Islam. Malah, perlu difahami bahawa tegur-menegur ini adalah satu lumrah dalam dunia ilmiah Islam. Jika ada yang tidak bersetuju dengan kami, sila nyatakan pula hujahnya. Jika kami mampu jawab, kami jawab. Jika tidak, pasti kami akan menurut pula langkah kalian.

Tentang al-Syaikh al-Qaradhawi dan pendapatnya dalam masalah ini, kami tegaskan bahawa kami telah mencuba menyelidiki hujah-hujah beliau dan membandingkan dengan hujah-hujah ulama lain. Antara karya beliau yang telah kami tatapi ialah Fatawa Mu'asharah dan Fiqh al-Ghina' wa al-Musiqi. Akhirnya, kami dapati, hujah-hujah beliau lemah dan terdapat beberapa kesilapan. Perkara ini boleh dirujuk melalui kitab Tahrim Alat al-Tharab oleh al-Syaikh al-Albani dan Al-Radd 'ala al-Qaradhawi wa al-Judai' oleh al-Syaikh 'Abd Allah Ramadhan bin Musa.

Seperkara yang tidak ingin kami lupa menyebutnya ialah tentang fikrah al-Syaikh al-Qaradhawi dalam melarang kami daripada menyebut perkataan 'haram' ke atas perkara-perkara seperti ini. Sebenarnya, kami dan ulama-ulama masa kini yang mengharamkan muzik bukanlah orang yang pertama yang mengatakan demikian. Ulama-ulama terdahulu yang lebih agung dan lebih besar daripada al-Qaradhawi telah menyebutnya secara terang-terangan dalam kitab-kitab mereka. Kami kira, kata-kata pengarang 'Aun al-Ma'bud dalam artikel Hadis-hadis yang Menunjukkan Keharaman Muzik telah cukup menjelaskan perkara ini.

Umat Islam hari ini telah dikelirukan dengan fatwa-fatwa keharusan muzik sehingga menganggap pendapat yang mengharamkan muzik adalah pendapat yang syaz dan lemah. Sayang seribu kali sayang apabila kurang bangkangan terhadap pendapat ini dalam kalangan umat Islam khususnya di Malaysia menyebabkan nasyid-nasyid makin lama makin rancak tidak ubah seperti lagu Barat. Apabila kami timbulkan isu ini, kami sudah tentu dituduh membawa kecelaruan dalam kalangan umat.

Kami tidak kisah apa kata orang. Selagi mereka ada mulut dan nyawa, mereka akan terus berkata-kata. Kami suka menjadi golongan yang teguh dengan al-Quran dan sunnah. Kami suka menjadi golongan ghuraba' yang ganjil lagi pelik. Biarlah semua orang terus berseronok dengan lagu-lagu dan muzik sedangkan kami tidak. Biarlah telinga kami tidak dapat menikmati kenikmatan dunia yang sementara itu, semoga kami dapat menikmatinya di akhirat, amin.

Sebelum kami mengakhiri penjelasan ringkas yang melebar ini, bacalah sebuah dua hadis lagi tentang muzik yang semoga dengannya kalian akan mula insaf;

Daripada Ibnu 'Abbad bahawa Rasulullah shallahu'alahiwasallam bersabda:
بعثت بهدم المزمار والطبل
Aku diutus untuk menghancurkan serunai dan gendang. [Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi dalam Talbis al-Iblis, Tamim al-Razi dalam Fawaidnya, dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dengan sanad yang dihasankan oleh al-Syaikh 'Abd Allah Musa]

Daripada Nafi' hamba bebasan Ibnu 'Umar bahawasanya Ibnu 'Umar terdengar bunyi serunai pengembala lalu ia letakkan jarinya ke dalam telinga dan mengalih tunggangannya daripada jalan tersebut sambil bertanya "wahai Nafi', kamu dengar (bunyi itu)? Aku menjawab "ya." Beliau meneruskannya sehingga aku mengatakan "tidak" lalu ia mencabut jarinya dan kembali ke jalan tadi dan berkata "aku melihat Rasulullah shallahu'alaihiwasallam telah terdengar bunyi serunai pengembala lalu baginda melakukan seperti (yang aku lakukan) itu." [Disahihkan oleh Ibnu Hibban, al-Albani, dan al-Jadi'. Dihasankan oleh Syu'aib al-Arna'uth]

Lihatlah bagaimana seorang sahabat telah mengelak sedaya upaya daripada mendengar bunyi muzik dengan menutup telinga dan lari dari kawasan muzik itu dan tengoklah apa yang kita lakukan sehari-hari. Sesungguhnya kami tidak sanggup bersama-sama kalian walaupun muzik itu indah dan lazat. Kami juga tidak mahu menjadi orang-orang yang menghalalkan muzik seperti yang terdapat dalam hadis tadi tanpa kami sedari.

Ingatlah, sesungguhnya, kiamat itu sudah terlalu hampir.

Sabtu, 2 April 2011

Lima Kaedah Penting dalam Bertutur

Dalam setiap perkara, kita perlu memahami konsep dan kaedah asasnya. Umpama belajar mengira; tambah, tolak, darab, dan bahagi. Bagaimana satu tambah satu menjadi dua? Kenapa kita tidak boleh menolak nombor yang lebih besar? Mengapa dua kali lima menjadi sepuluh dan lima kali dua pun menjadi sepuluh? Mengapa?!

Persoalan ini dapat difahami dengan memahami terlebih dahulu kaedah asasnya. Dengan memahami kaedah asas sesuatu perkara, kita dapat memahami perkara itu dengan baik. Tanpanya, kita akan terus kebingungan; tidak mengerti persoalan yang sedang dihadapi.

Demikian jugalah dengan persoalan tutur kata, juga mempunyai kaedah, konsep, usul, dan manhaj tersendiri. Dengan memahami kaedah ini, kita dapat menggambarkan rupa tutur kata yang diredainya Tuhan; Allah yang maha esa, seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan.

Diriwayatkan Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda:

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه

Mafhumnya: aku tinggalkan di sisi kalian dua benda. Kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi kalian berpegang teguh kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya.[1]

Justeru, kita sebagai mereka yang bersaksi bahawa Allah hanyalah satu-satunya Tuhan dan Muhammad itu pesuruh-Nya SAW mesti mengamalkan hadis di atas dalam semua perkara kehidupan iaitu berpegang teguh dengan pimpinan al-Quran dan al-sunnnah; begitu juga dalam menyusun kaedah bertutur kata. Semua perkara yang bertentangan dengan ajaran kedua-dua perkara ini mesti ditentang dan dijauhi; sehingga kita bertemu Rasulullah SAW di telaganya kelak.

Dalam perkara tutur kata, al-Quran dan sunnah memuatkan begitu banyak persoalan berkenaannya. Oleh sebab terlalu banyak, kita memerlukan satu ringkasan yang merangkumi semuanya. Antaranya:

Kaedah Satu

Mafhum firman Allah subhanahuwata’ala:

“Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (perbuatanmu). Yang Mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan”. [Surah al-Infithar: ayat 10-12]

“(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya); yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkankannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat).” [Surah Qaf: ayat 17 dan 18]

Berdasarkan ayat-ayat Allah di atas, kita dapat menyimpulkan satu kaedah penting dalam bertutur kata iaitu memantapkan keimanan kita selain yang sudah maklum sebagaimana yang terdapat dalam hadis “barangsiapa beriman…” tadi dan dalam pelajaran akidah; dengan kewujudan dua orang malaikat pencatat di kedua-dua sisi kita.

Timbul persoalan dalam hati kita, adakah semua perkataan kita dicatat sehingga kalau semua dicatat, akan menambahkan kegerunan kita akan hari perbicaraan kelak?

Al-Imam Ibnu Katsir menjelaskan:

Ulama berselisih pendapat: adakah malaikat itu mencatat perkataan kita semua sekali? Pandangan bahawa malaikat mencatat semua perkataan kita adalah pandangan al-Hasan dan Qatadah; atau bahawa malaikat itu hanya mencatat perkataan yang mengandungi pahala atau dosa sahaja sebagaimana pendapat Ibnu ‘Abbas. Adapun zahir ayat[2] adalah sebagaimana pendapat yang pertama kerana keumuman firman-Nya (mafhumnya): Tidak ada suatu kata yang diucapkankannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat). [Ayat ke-18 Surah Qaf]

Maka, dengan keyakinan bahawa segala perkataan kita dicatati malaikat, kita akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kata-kata.

Kaedah Dua

Baginda SAW bersabda:

من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرًا أو ليصمت

Mafhumnya: barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia bercakap sesuatu yang baik ataupun diam.[3]

Al-Imam al-Nawawi mengulas: hadis yang disepakati kesahihannya ini adalah satu nas yang jelas menunjukkan bahawa seseorang itu tidak boleh bercakap kecuali kalau kata-kata yang ingin disebut itu baik; serta dalamnya timbul maslahat. Apabila ia ragu-ragu sama ada maslahat itu sudah timbul atau tidak, maka janganlah ia bercakap. Jika timbul maslahat, cakap. Jika tidak, jangan bercakap hingga maslahat itu timbul.[4]

Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali pula berkomentar: sabda Rasulullah SAW “hendaklah ia sebut yang baik ataupun diam”[5] adalah satu suruhan supaya menyebut perkara-perkara yang baik dan supaya diam bagi yang sebaliknya. Ini menunjukkan tidak ada satu perkataan pun yang sama, yang perlu disebut atau didiamkan. Sebaliknya, perkataan itu sama ada elok disebut sehingga disuruh untuk menyebutnya atau tidak elok sehingga disuruh diam tidak menyebutnya.[6]

Daripada hadis dan keterangan ulama ini, kita dapat simpulkan bahawa antara kaedah penting dalam bertutur kata ialah berfikir dahulu sebelum menyebut apa-apa perkataan. Jika ada keperluan, bercakaplah. Jika tidak, lebih elok diam.

Kata al-Imam al-Syafie:

إذا أراد الكلام فعليه أن يفكر قبل كلامه فإن ظهرت المصلحة تكلم وإن شك لم يتكلم حتى يظهر.

Ertinya: apabila seseorang itu hendak bercakap, hendaklah ia berfikir dulu sebelum bercakap. Jika timbul keperluan, bercakaplah; kalau ragu-ragu, jangan bercakap sampai keperluan itu timbul.[7]

Bahkan, jika menurut kata-kata al-Imam al-Syafie tadi, kalau ragu-ragu ada atau tidaknya maslahat itu, kita tidak boleh bercakap. Aduhai, alangkah sukarnya jalan menuju syurga-Nya!

Kaedah Tiga

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من صمت نجا

Mafhumnya: barangsiapa diam, maka dia telah selamat.[8]

Al-Muhaddits Abu al-‘Ala al-Mubarakfuri menjelaskan:

Dan makna hadis itu ialah: seseorang itu hendaklah tidak bercakap perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengannya serta hanya bercakap pada perkara-perkara yang penting; maka selamat padanya.

Rasulullah SAW juga diriwayatkan bersabda:

إنك لم تزل سالمًا ما سكتّ فإذا تكلمت كتب لك أو عليك.

Mafhumnya: sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selagi mana engkau diam, apabila engkau berkata-kata, pasti akan dicatat kebaikan atau keburukan kepadamu.[9]

Ibnu Mas’ud berkata: demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia, tidak ada sesuatu pun di atas bumi ini yang lebih berhak untuk dipenjarakan daripada lidah.[10] Wahab bin Munabbih berkata: para hukama telah bersepakat bahawa permulaan hikmah itu ialah diam.[11]

Kata al-Imam al-Nawawi: ketahuilah, sesungguhnya wajib bagi setiap mukallaf untuk menjaga lidahnya daripada sebarang perkataan kecuali perkataan yang timbul padanya kemaslahatan. Apabila mengucapkannya atau meninggalkannya adalah sama-sama mempunyai maslahat, maka sunnahnya menahan diri daripada mengucapkannya; kerana perkataan yang harus itu biasanya akan terbawa-bawa menjadi haram atau makruh. Demikianlah kebiasaannya banyak berlaku.[12]

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali pula berkata: ketahuilah bahawa bahaya lidah itu besar dan tidak ada jalan selamat daripadanya kecuali dengan diam. Oleh sebab itulah syarak memuji dan menggalakkan supaya diam.[13]

Demikianlah yang terbaik bagi manusia; iaitu melazimi diri untuk sentiasa membisu melainkan pada hal-hal yang perlu. Inilah kaedah ketiga yang perlu dipegang.

Kaedah Empat

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن أحدكم ليتكلم بالكلمة من رضوان الله ما يظن أن تبلغ ما بلغت فيكتب الله لها بها رضوانه إلى يوم يلقاه وإن أحدكم ليتكلم بالكلمة من سخط الله ما يظن أن تبلغ ما بلغت فيكتب الله عليه بها سخطه إلى يوم يلقاه

Mafhumnya: sesungguhnya salah seorang daripada kalian berkata dengan kata-kata yang diredai Allah taala yang dia tidak menyangka bahawa kata-katanya itu akan mencapai apa yang dicapainya (iaitu reda Allah), pasti Allah akan mencatat keredaan-Nya sehingga hari ia menemui-Nya; dan sesungguhnya salah seorang daripada kalian berkata-kata dengan kata-kata yang dimurkai Allah yang ia tidak menyangka kata-katanya itu akan mencapai apa yang dicapainya (iaitu murka Allah), Allah akan mencatat baginya kemurkaan-Nya sehingga hari ia menemui-Nya.[14]

إن العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين ما فيها يهوى بها فى النار أبعد ما بين المشرق والمغرب

Mafhumnya: sesungguhnya hamba (Allah) itu berkata dengan kata-kata yang dia sendiri tidak jelas apa yang terkandung dalam kata-katanya itu, pasti akan dihumban dengan kata-kata tersebut ke dalam neraka sejauh timbur dan barat.[15]

Al-Imam al-Nawawi berkata: ‘(kata-kata) yang dia sendiri tidak jelas apa yang terkandung dalam (kata-kata)-nya itu’ iaitu (kata-kata) yang tidak diteliti, yang tidak difikirkan keburukan, dan yang tidak ditakuti kesan buruknya.[16]

Al-Imam Syams al-Din Al-Safiri pula berkata: ‘(kata-kata) yang dia sendiri tidak jelas apa yang terkandung di dalamnya’ iaitu kata-kata yang dia tidak memikirkan sama ada kata-kata itu baik atau buruk.[17]

Daripada hadis pertama tadi, kita diterangkan kebaikan dan keburukan kata-kata. Dengan sesetengah perkataan kita akan mendapat keredaan Allah dan dengan sesetengah perkataan lagi, kita akan mendapat kemurkaan dan azab Allah. Semoga kita dijauhkan-Nya dari azab-Nya! Namun, bagaimanakah caranya untuk mengetahui mana perkataan yang baik; yang diredai Allah dan mana perkataan yang buruk; sehingga mendapat murka Allah?

Jawabnya: dengan ilmu. Sebagaimana yang kita ketahui, mempelajari ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan dosa pahala adalah fardu ain. Bagaimana mungkin seseorang itu menafikan kewajipan mempelajari ilmu tentang hukum-hakam kata-kata sedangkan tanpanya, ia boleh dilempar ke dalam neraka?

Inilah kaedah keempat; mempelajari ilmu yang berkaitan.

Kaedah Lima

كنا عند رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فوعظنا فذكر النار - قال - ثم جئت إلى البيت فضاحكت الصبيان ولاعبت المرأة - قال - فخرجت فلقيت أبا بكر فذكرت ذلك له فقال وأنا قد فعلت مثل ما تذكر. فلقينا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقلت يا رسول الله نافق حنظلة فقال مه فحدثته بالحديث فقال أبو بكر وأنا قد فعلت مثل ما فعل فقال يا حنظلة ساعة وساعة ولو كانت تكون قلوبكم كما تكون عند الذكر لصافحتكم الملائكة حتى تسلم عليكم فى الطرق

Diriwayatkan daripada Handhzalah al-Usayyidi, katanya: kami pernah berada di sisi Rasulullah SAW dan baginda memberi peringatan dan menyebut tentang neraka. Kemudian, aku pulang ke rumah dan aku bergurau-gurau dengan anak-anak dan aku juga bermain-main dengan isteri. Aku kemudiannya keluar dan menemui Abu Bakr dan aku menyebutkan tentang apa yang telah kulakukan tadi. Kata Abu Bakr, “dan aku pun melakukan perbuatan yang sama seperti yang engkau sebut.” Kami pun menemui Rasulullah SAW dan aku berkata: wahai Rasulullah, Handhzalah telah menjadi munafik. Baginda bertanya: apa? Aku pun bercerita seperti tadi. Abu Bakr pun berkata: aku pun sama seperti yang Handhzalah buat. Maka, baginda pun bersabda: wahai Handhzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu. Kalaulah hati-hati kalian sentiasa berada dalam keadaan seperti ketika berzikir, pasti para malaikat akan menjabat tangan kalian sehingga mereka memberi salam kepada kalian di tengah jalan. [18]

Betapa indahnya agama, Allah tidak sekali-kali akan membebankan manusia melebihi kemampuan mereka. Manusia diciptakan sebagai makhluk yang suka bergurau; bermain dengan anak, isteri, dan rakan-rakan; dan gemar berhibur, maka Islam sebagai agama fitrah tidak pernah menghalang manusia daripada perkara-perkara fitrah. Asalkan sahaja, manusia tidak melampaui batas yang ditetapkan oleh Islam; kerana manusia tidak tahu apa yang terbaik buat mereka. Tuhan merekalah yang maha mengetahui segala-galanya.

Jadi, kaedah kelima adalah memahami bahawa kaedah-kaedah yang empat sebelumnya dipraktikkan dengan sederhana sesederhana yang dituntut oleh Islam. Bukankah membisu berlebih-lebihan akan membuatkan isteri kita yang merindui belaian kasih sayang kita selain anak-anak yang ingin bermanja akan kesunyian? Sesungguhnya Islam itu cukup-cukup indah.

Wallahua’lam.



[1] Diriwayatkan oleh Malik di dalam al-Muwaththa’ riwayat Yahya bin Yahya al-Laitsi (nombor 2618) secara mursal. Ibn ‘Abd al-Barr berkata di dalam al-Tamhid Li Ma Fi al-Muwaththa’ Min al-Ma’ani wa al-Asanid: hadis ini mahfudz, ma’ruf, dan masyhur di sisi ahli ilmu daripada Nabi SAW sehingga hampir-hampir tidak perlu lagi kepada sanad. Kata al-Syaikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah selepas menyebutkan rawi-rawi yang dha'if dalam riwayat-riwayat hadis tersebut: kewajipan berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah tidak memerlukan kepada riwayat-riwayat seperti ini (iaitu kerana kelemahan sanad-sanadnya) sebagaimana yang tidak tersembunyi (iaitu sedia diketahui). Lihat: Lamhat min Tarikh al-Sunnah wa 'Ulum al-Hadits, Dar al-Basya'ir al-Islamiyyah, cet. ke-15, 2009, hal. 18, nota kaki. Hadis sahih yang masyhur menyebutkan ahli keluarga baginda SAW menggantikan tempat sunnah dalam hadis sebagaimana dalam Shahih Muslim. Apa-apapun, benar kata al-Syaikh Abu Fattah. Hadis ini disahihkan oleh al-Syaikh al-Albani.

[2] Iaitu ayat ke-18 Surah Qaf.

[3] Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6475), Muslim (47), dan lain-lain. Rujuk kitab syarah al-Arba’in al-Nawawiyyah pada hadis ke-15.

[4] Petikan dari bab Hifdhz al-Lisan dalam kitab al-Adzkar oleh al-Nawawi.

[5] Sebagaimana hujung hadis di atas.

[6] Petikan dari bab al-Hadits al-Khamis ‘Asyar dalam kitab Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam.

[7] Dari bab Hifdhz al-Lisan dalam al-Adzkar.

[8] Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi (2501), al-Darimi (2713), Ahmad (6335), al-Baihaqi (Syu’b al-Iman 3629), dan al-Thabarani (Al-Mu’jam al-Kabir 1533, al-Mu’jam al-Ausath 1933). Al-‘Iraqi berkata: dikeluarkan oleh al-Tirmidzi… dan kata al-Tirmidzi: gharib. Hadis ini dengan riwayat al-Thabarani adalah dengan sanad jayyid.

[9] Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Kabir (16521). Kata al-Haitsami dalam al-Majma’ al-Zawaid (18156): diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan dua sanad dan rijal salah satu daripadanya adalah tsiqah.

[10] Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Kabir; Waki’ dan Ahmad dalam al-Zuhd; Ibnu Hibban dalam Raudhah al-‘Uqala’; dan lain-lain.

[11] Diriwayatkan oleh Ibnu Abi al-Dunya dalam al-Shamt.

[12] Dipetik dari Bab Tahrim al-Ghibah wa al-Amr bi Hifdhz al-Lisan dari kitab Riyadh al-Shalihin.

[13] Dari bab Kitab Aafat al-Lisan dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din oleh al-Ghazali.

[14] Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi (2489), Ibnu Majah (3969), Malik (1781), Ahmad (15890), Ibnu Hibban (281), dan lain-lain dengan lafaz al-Tirmidzi. Kata al-Tirmidzi: ini hadis hasan lagi sahih. Disahihkan juga oleh Ibnu Hibban dan lain-lain.

[15] Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6477), Muslim (7673), dan lain-lain dengan lafaz Muslim.

[16] Dari syarah hadis sebelumnya dalam kitab Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim.

[17] Dari syarah hadis sebelumnya dalam kitab al-Majalis al-Wa’dhziyyah fi Syarh Ahadits Khair al-Bariyyah yang dikenali juga dengan nama Syarh Shahih al-Bukhari li Syams al-Din al-Safiri.

[18] Diriwayatkan oleh Muslim (7142 dan 7143), al-Tirmidzi (2514), Ibnu Majah (4239), dan lain-lain; dengan lafaz Muslim.