Selasa, 21 Disember 2010

Unsur-unsur Syiah dalam Sajak Faisal Tehrani

Faisal Tehrani adalah seorang sasterawan yang cukup berbakat dalam dunia seni bahasa Melayu. Namanya, Mohd. Faizal bin Musa. Beliau pernah dianugerahi Anugerah Seni Negara 2006 kerana jasa dan sumbangannya dalam perkembangan dunia sastera dan seni semasa. Namun, di sebalik karya-karya yang dihasilkan oleh beliau, terselit propaganda yang sedikit tersembunyi bagi masyarakat awam Islam iaitu dakyah Syi'ah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah!
b
Berkenaan akidah Syi'ah Dr. Faisal Tehrani ini, sudah ramai tokoh agama yang memperkatakannya. Setelah kami, Ibnu Anas al-Kutawi meninjau karya-karya yang dihasilkan oleh beliau dalam bentuk cerpen dan sajak yang disiarkan dalam majalah dan antologi sajak beliau, kami mendapati dakyah Syi'ah yang ingin disebarkan oleh beliau tampak agak jelas sehingga tidak mungkin sama sekali kita akan beranggapan karya-karya tersebut dihasilkan oleh seorang Sunni.

Dalam tangan kami terdapat sebuah kumpulan sajak-sajak Dr. Faisal bertajuk ‘Ingin Jadi Nasrallah’, terbitan Al-Amen Serve Holdings, Kuala Lumpur, cetakan tahun 2010. Dalam sajak ‘Ingin Jadi Nasrallah’ yang terkandung dalam antologi tersebut, terdapat unsur-unsur Syi'ah yang teramat terang tanpa boleh dinafikan lagi.

Pertama, tajuk ‘Ingin Jadi Nasrallah’ bermaksud bahawa Faisal Tehrani berkeinginan untuk menjadi seperti Hassan Nashrullah, pemimpin Hizbullah, gerakan Syi'ah di Lubnan selain menyimpan perasaan kagum kepadanya. Mustahil seorang Sunni akan mengagumi seorang Syi'ah yang menyeleweng dari akidah Islam yang suci murni, bagaimana pula ia boleh bercita-cita menjadi sepertinya?

Kedua, dalam sajak tersebut, beliau menekankan sekali lagi kekagumannya kepada Hassan Nasrullah dan gerakan pimpinannya, Hizbullah dengan kata-katanya:
Jadi, puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrallah?
Apa yang kaupupuk
Pada tentera Hezbullah?

Faisal Tehrani juga seolah-olah menyamakan akidah Syi'ah dengan akidah Ahli Sunnah setelah beliau cuba memahamkan pembaca bahawa beliau masih atau tetap berakidah Ahli Sunnah dengan berkata:
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
Selawatmu tak juga asing dari selawatku.
b
Pada baris ketiga, unsur-unsur Syiah diselitkan sekali lagi; malah dalam dengan lebih berani. Katanya:
Sungguh darah al-Hussein
Mengalir merah
Setiap harimu as-Syura
Setiap inci tanah buatmu Karbala
Tidak ada ibu selain Fatimah
Tidak ada amir selain Ali
Setiap tanah adalah Fadak
Wajib kita tebus kembali.

‘As-Syura’ yang dimaksudkan oleh beliau adalah ‘Asyura iaitu 10 Muharram, tanggal ketika Saidina Hussain RA dibunuh secara kejam di Karbala. Tentang pembunuhnya, terdapat perbezaan riwayat dan pendapat para ulama. Kami, al-Kutawi cenderung kepada pendapat bahawa yang membunuhnya adalah orang-orang Syi'ah sendiri yang berpura-pura menjadi penyokong dan pengikut setia Saidina Hussain ketika tiba di Karbala. Pendapat yang masyhur adalah bahawa yang membunuh beliau adalah tentera Yazid bin Mu’awiyah tetapi pandangan ini perlu dikaji semula disebabkan riwayat-riwayatnya yang lemah dan diriwayatkan oleh rawi-rawi Syi'ah atau mempunyai unsur tasyayyu’ dan ini jugalah pendapat Syi'ah walaupun riwayat yang menjadi bukti pendapat kedua terdapat dalam kitab-kitab mereka sendiri!

Syi'ah menjadikan peristiwa ini untuk memburuk-burukkan khalifah kedua Bani Umayyah, Yazid anak Saidina Mu’awiyah bin Abu Sufyan RA, adik ipar Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam tersebut sebagai pembunuh Saidina Hussain RA, cucunda baginda shallallahu’alaihiwasallam. Ulang tahun hari tersebut dijadikan hari ratapan oleh golongan Syiah dengan memukul badan mereka sehingga berdarah. Faisal Tehrani cuba membangkitkan semula peristiwa tersebut, mungkin untuk meraih simpati umat Islam kepada nasib yang menimpa Saidina Hussain, tidak, hakikatnya mereka cuba menyebarkan dakyah!

‘Setiap tanah adalah Fadak, wajib kita tebus kembali’ pula merujuk kepada tanah Fadak yang disangka oleh Saidatina Fathimah RA sebagai tanah pusaka daripada ayahandanya, Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam. Saidina Abu Bakr al-Shiddiq RA pula berpendapat bahawa menantunya, Rasulullah shallahu’alaihiwasallam tidak mewariskan apa-apa benda kepada keluarga baginda. Baginya, segala harta benda baginda shallahu’alaihiwasallam haruslah diserahkan kepada kaum Muslimin. Lantaran itu, beliau mengambil tanah Fadak daripada Saidatina Fathimah RA untuk diserahkan kepada perbendaharaan kerajaan Islam pada masa itu.
b
Terdapat riwayat sejarah menunjukkan Saidatina Fathimah RA tidak reda dengan ‘rampasan’ yang dilakukan oleh Abu Bakr tersebut sehingga beliau meninggal dunia dan terdapat riwayat yang menunjukkan sebaliknya. Syi'ah mengambil dan menguar-uarkan riwayat pertama untuk menunjukkan kejahatan Saidina Abu Bakr RA, pengganti Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam.

‘Wajib kita tebus kembali’ adalah ungkapan provokasi yang ingin membangkitkan rasa marah umat Islam kepada Saidina Abu Bakr dan para sahabat yang bersama beliau RA yang dikafirkan oleh Syi'ah Rafidhah yang didakwa merampas hak Saidatina Fathimah RA. Inilah antara isu yang sering dibangkitkan oleh Syi'ah dalam gerak kerja mereka menyebarkan dakyah mereka.

Faisal Tehrani tidak cukup dengan itu, malah beliau kembali lagi berpuisi:
Labbaika ya Nasrallah,
Komander Imam Mahadi,
Izinkan aku bersama tenteramu.

‘Labbaika ya Nasrallah’ adalah slogan yang diulang-ulang oleh Syi'ah sebagai sokongan kepada Hassan Nashrullah dan Hizbullah ketika perang yang terjadi antara Lubnan dengan Israel tidak lama dahulu. Faisal Tehrani juga menyandangkan gelaran ‘komander Imam Mahdi’ kepada Hassan Nashrullah yang bermakna beliau mengiktiraf akidah Syi'ah yang dianuti Hassan Nashrullah sebagai sahih dan selari dengan akidah Imam Mahdi sehingga beliau layak menjadi komander beliau. Beliau juga berkata ‘izinkan aku bersama tenteramu’ yang memberi erti bahawa beliau berharap untuk menjadi pejuang dalam barisan gerakan Syiah tersebut dan kata-kata ini menambahkan bukti bahawa beliau menerima Syi'ah sebagai pegangan.

Beliau juga tanpa segan menambah:
Nanti kalau ditakdirkan aku mati
Di medan itu,
Orang akan tahu
Bahawa aku bukan penyair saqifah
Aku juga tak malu menjadi rafidhah
Kita semua bangga
Malah ingin turut serta
Ingin jadi Nasrallah
Jadi anggota parti Allah.

Ayat ‘aku juga tak malu menjadi Rafidhah’ juga menggambarkan betapa dahsyatnya fahaman Syi'ah Rafidhah yang sebati dengan jiwanya. Beliau juga menggunakan perkataan ‘kita’ dalam ayat ‘kita semua bangga’ yang merangsang dan menarik jiwa pembaca untuk mengaku sebagai pelaku bangga sebagai Syi'ah.
b
Demikianlah beberapa unsur Syi'ah yang sempat digali dan disampaikan kepada pembaca sekalian. Sesungguhnya, Faisal Tehrani mempunyai 'jasa' yang amat besar kepada perkembangan Syi'ah di Malaysia setelah jasanya dalam bidang kesusasteraan bahasa Melayu. Kami, al-Kutawi, sedar bahawa ramai dalam kalangan umat Islam yang menaruh simpati atau menyimpan perasaan kagum kepada Syi'ah dan tokoh-tokohnya seperti Ayatullah Khomeini, Mahmud Ahmadinejad, dan sebagainya kerana sumbangan mereka kepada Islam dalam melawan Amerika dan Israel. Kami juga faham bahawa sebahagian umat Islam mahu mendamaikan perkelahian Sunni-Syi'ah.
n
Tapi, kami lebih sedar dan faham bahawa Syi'ah adalah musuh para sahabat, ahli bait, dan umat Islam zaman-berzaman yang menyimpan dendam kepada Islam dan sekarang adalah masanya untuk mereka meluahkan kebencian mereka itu sementara menanti Imam Mahdi, ya Dajjal al-Masih mereka muncul dari arah Barat untuk menghancurlumatkan Ahli Sunnah sehancur-hancurnya. Insya-Allah, jika ada ruang dan peluang, akan kami usahakan untuk membentangkan sebab kami menentang Syiah. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tak kenal maka tak benci.
ba
Ya Allah, andai Faisal Tehrani ingin menjadi tentera Dajjal, biarlah aku menjadi tentera al-Mahdi dan Nabi 'Isa 'alaihissalam yang menghunus pedang pada tengkuknya!
a
Ya, semoga Dr. Faisal kembali kepada fitrahnya sebagai Sunni, doa-doakan. Sesungguhnya pintu taubat itu belum tertutup buatnya selagi ia belum meninggal dunia. Kami sayang Dr. Faisal sebagaimana Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam sayangkan Abu Thalib. Semoga Abu Thalib kali ini memilih cahaya bukan lagi kegelapan!!

3 ulasan:

  1. Salam,

    Saya kira sdr sudah menjawab sendiri permasalahan yang sdr utarakan ini dalam entri 'Mengapa Perlu Memahami Khilaf?' dalam blog sdr yang satu lagi, "Khilafiyyah". Cuma barangkali sdr belum berani untuk menyeberangi sempadan Ahlus Sunnah wal Jamaah, meneroka dunia lain daripada apa yang sdr ketahui.

    Puisi Faisal itu, kita sebagai khalayak hanya boleh mentafsir. Apa sebenarnya yang ada dalam benaknya, hanya Allah yang mengetahui.

    Dan sdr benar-benar pasti Abu Thalib itu bukan Islam ketika beliau meninggal dunia? Benar-benar pasti?

    Saya perturunkan kembali apa yang sdr tulis dalam entri 'Mengapa Perlu Memahami Khilaf?" Selamat mengulang kaji.

    "Untuk memahami agama, jalannya tidak semudah jalan memahami persoalan matematik atau fizik. Oleh sebab itulah, ulama silam menghabiskan masa berpuluh-puluh tahun semata-mata untuk mempelajari agama. Mereka sanggup meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta dengan mengembara jauh untuk mendalami agama. Harta benda dan kesenangan dunia pula sanggup dikorbankan demi cita-cita yang mulia, memahami agama.

    Alangkah mudahnya mempelajari agama jika agama itu hanya satu aliran, satu mazhab, dan satu manhaj. Namun, tidak. Bagaimanakah mungkin manusia yang berbeza ilmu dan pengalaman dapat membuat satu kesimpulan yang sama dalam setiap permasalahan agama? Tambahan pula, orang yang mampu berijtihad sangat ramai, masing-masing mempunyai jawapan sendiri dalam masalah-masalah yang timbul. Mereka semua pula adalah Islam. Jadi, untuk memahami Islam secara menyeluruh, seseorang itu mesti mengetahui dan memahami pendapat-pendapat mereka.

    Oleh sebab itulah, Qatadah bin Di’amah al-Sadusi, seorang tabi’in berkata:

    من لم يعرف الاختلاف لم يشم أنفه الفقه

    Sesiapa yang tidak mengenali perbezaan pendapat, sudah pasti hidungnya tidak dapat menghidu bau fiqh. [Diriwayatkan oleh al-Khathib Baghdadi dalam al-Faqih wa al-Mutafaqih]

    Mazhab itu hanyalah sebahagian daripada agama. Memahami sebuah mazhab bererti memahami sebahagian agama. Bagaimanakah cara untuk memahami agama secara keseluruhannya? Caranya, dengan mengetahui pendapat mazhab-mazhab lain. Namun begitu, bukanlah satu perkara fardu ain untuk mempelajari pendapat orang lain tetapi merupakan satu kemestian bagi orang yang ingin memahami Islam.

    Orang yang tidak memahami khilaf dan terutamanya perkara khilafiyyah -khilaf yang merangsang sensitiviti, mencetuskan kontroversi, dan menimbulkan polemik berpanjangan- biasanya agak sensitif dan agresif terhadap orang yang mengamalkan pendapat yang berbeza dengan pendapat pegangannya. Benar, tidak sekali-kali dinafikan bahawa kadang-kadang pendapat yang dipegang oleh orang lain itu tidak benar sama sekali kerana bertentangan dengan dalil-dalil yang kuat dan kukuh tetapi tanpa memahami pendapat mereka dengan baik, kita bukan sahaja tidak mampu menunjukkan kepada mereka pendapat yang benar malah menjadikan mereka bertambah liar terhadap kebenaran.

    Dengan memahami khilaf juga, seseorang itu dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam komuniti Muslimin yang berbilang mazhab dan manhaj. Seseorang itu dapat berinteraksi dengan orang yang berlainan pegangan dengan menjaga sensitiviti mereka. Budaya tuduh-menuduh dan cop-mengecop akan selesai. Orang awam pula tidak akan menjadi bingung mendengar perbalahan oleh ustaz-ustaz di masjid.

    Selain itu, orang yang mempunyai kefahaman yang jelas tentang khilaf dan khilafiyyah juga dapat berusaha mempertahankan kebenaran yang dipegangnya -jika benar- dan menyeru orang lain kepada kebenaran itu dengan berhikmah dan bijaksana tanpa menghasilkan kesan yang lebih buruk. Janganlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

    Dicatat oleh Ibnu Anas al-Kutawi di 21:01"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Khadijah : Tak perlulah nak menyeberangi sempadan ahlus sunnah wal jamaah kerana Rasulullah SAW sendiri dalam hadis yang sahih menjamin hanya orang yang mengikut sunnahnya adalah orang yang berada dalam jamaahnya. Dan jumhur ulama muktabar memutuskan jamaah yang dimaksudkan ialah ahlus sunnah wal jamaah. Tak payahlah masukkan falsafah tabiin yang tak ketahuan hala untuk menguatkan hujah anda. Sepakat ulama ahlus sunnah wal jamaah bersetuju bahawa khilaf yang diterima hanyalah khilaf yang muktabar iaitu sebarang kekhilafan yang disertakan dengan hujah-hujah dari al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dan hasan serta qias para ulama muktabar; dan bukannya dari pendapat manusia sesat yang mengaku ulama. Dah sedia ada kitab-kitab sunan dan musnad yang lebih afdal dirujuk seperti Sahih Bukhary, Sahih Muslim,Al-Muwwata', Sunan Termidzi dan Sunan Ibnu Majah.Bacalah hadis-hadis yang sahih dan hasan dan jadikannya sebagai hujah. Syiah (selain dari zayyidiah) adalah salah satu cabang khawarij. Diputuskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang sahih sebagai orang yang terlucut imannya seperti terlepas anak panah dari busurnya. Golongan syiah ini mengkafirkan hampir majoriti sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang mana ada dia antara mereka yang dijamin oleh Baginda masuk ke syurga. Syiah ini kononnya memuliakan Rasulullah tapi sebenarnya mereka menghina Baginda apabila mengkafirkan majoriti sahabat yang Allah redha kepada mereka seolah-olah Rasulullah ini gagal dalam membentuk akhlak dan keimanan para sahabat dan secara tak langsung mengatakan bahawa Baginda adalah pendusta bila menjamin sahabat-sahabat yang telah dikafirkan oleh Syiah laknatullah ini sebagai ahli syurga. Saya berlindung dengan Allah daripada golongan syiah dan semoga Allah memusnahkan mereka di atas kejahatan mereka terhadap Rasulullah SAW serta para sahabatnya radiAllahuanhum. Wallahu a'lam.

      Padam
  2. Jawapan Khadijah telah dijawab dalam artikel berikut: http://alkutawi.blogspot.com/2010/12/jawapan-kepada-nur-khadijah.html. Wallahua'lam...

    BalasPadam