Khamis, 16 Disember 2010

Tafsiran Ayat ke-108 Surah Yusuf


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Terjemahan: katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; (dan aku menegaskan:) maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." [Surah Yusuf, ayat ke-108]

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي

(Katakanlah (wahai Muhammad) "inilah jalanku..." )
Tafsiran: katakanlah wahai Muhammad kepada manusia “inilah jalanku dalam dakwahku kepada Tuhanku supaya Dia diimani dan hanya Dia yang disembah." Sabil: sunnah dan manhaj.

أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ


(Aku menyeru kepada Allah di atas 'bashirah')
Tafsiran: aku menyeru kepada agama Allah berdasarkan hujah yang terang dan jelas; serta ilmu dan pengetahuan yang cukup berkenaan apa yang kusampaikan ini.

أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي

(Aku dan dan orang-orang yang menurutku)
Tafsiran: iaitu orang-orang yang beriman semuanya; kami semuanya menyeru kepada Allah di atas bashirah.

وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


(Maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain)
Tafsiran: dan sebutlah wahai Muhammad “maha suci Allah” untuk menyucikan Ia daripada mempunyai sekutu atau anak; dan "aku bukanlah daripada kalangan orang-orang musyrik", iaitu orang-orang yang menyembah selain daripada Allah itu.

Wallahu'alam.

Rujukan: Tafsir Pimpinan al-Rahman oleh Sheikh Abdullah Basmeih, cetakan kesebelas, tahun 2000; Aisar al-Tafasir oleh al-Syaikh Abu Bakr al-Jaza'iri, al-Maktabah al-Syamilah Versi 3.35; Tafsir al-Jalalain oleh al-Imam al-Mahalli dan al-Imam al-Sayuthi, al-Maktabah al-Syamilah; Tafsir al-Baghawi oleh al-Imam al-Baghawi, al-Maktabah al-Syamilah; Tafsir al-Qurthubi oleh al-Imam al-Qurthubi, al-Maktabah al-Syamilah)

1 ulasan: