Jumaat, 24 Disember 2010

Jawapan kepada Nur Khadijah

Seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Nur Khadijah' mengulas artikel kami bertajuk 'Unsur-unsur Syiah dalam Sajak Faisal Tehrani'. Katanya:
h
Salam, Saya kira sdr sudah menjawab sendiri permasalahan yang sdr utarakan ini dalam entri 'Mengapa Perlu Memahami Khilaf?' dalam blog sdr yang satu lagi, "Khilafiyyah". Cuma barangkali sdr belum berani untuk menyeberangi sempadan Ahlus Sunnah wal Jamaah, meneroka dunia lain daripada apa yang sdr ketahui. Puisi Faisal itu, kita sebagai khalayak hanya boleh mentafsir. Apa sebenarnya yang ada dalam benaknya, hanya Allah yang mengetahui. Dan sdr benar-benar pasti Abu Thalib itu bukan Islam ketika beliau meninggal dunia? Benar-benar pasti?
a
Di sini kami jawab secara ringkas selepas menyambut salamnya, wa'alaikumussalam.
b
Pertama, kami adalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, sebuah kelompok yang benar warisan daripada Rasulullah shallahu'alaihiwasallam, ahli bait, dan para sahabat baginda. Jadi, kelompok yang menyeleweng daripada jalan mereka adalah kelompok bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat. Antara kelompok bid'ah itu adalah Syi'ah Rafidhah. Di sini kami, al-Kutawi tegaskan bahawa Syi'ah Rafidhah dan sesiapa yang beri'itiqad dengan i'tiqad Syi'ah Rafidhah yang sebagaimana yang tercatat dalam kitab-kitab muktabar di sisi mereka adalah sesat dan kufur sementara menentang kesesatan dan kekufuran adalah satu kewajipan.
a
Kedua, kami tidak akan melayan sebarang dakyah atau propaganda untuk menerima Syi'ah Rafidhah sebagai sebuah kelompok dalam Islam sebaris dengan Mu'tazilah, Ibadhiyyah, dan sebagainya. Pendirian kami yang agak keras kepada Syi'ah berbanding dengan kelompok sesat lain ada asasnya yang tidak dapat dipanjangkan di sini. Kami juga berdoa agar tidak akan terpedaya dengan seruan taqrib antara Ahli Sunnah dengan Syi'ah.
n
Ketiga, kami bukanlah orang yang bodoh atau berfikiran tertutup sehingga kami disangka tidak pernah menjenguk mazhab-mazhab dan ideologi-ideologi pemikiran selain mazhab dan idelogi Ahli Sunnah. Kami sudah merentasi sempadan Ahli Sunnah sehingga kami menghabiskan beberapa masa dalam hidup kami untuk mengkaji mazhab batil Syiah Rafidhah ini. Syukur kepada Allah yang tidak menjerumuskan kami ke dalam kesesatan Syi'ah Rafidhah ini.
s
Keempat, kami hanya dapat menerima khilaf yang muktabar. Untuk khilaf yang tidak muktabar, kami akan menggunakan kaedah yang lebih berhikmah untuk menghadapinya. Manakala khilaf akidah dengan Syiah bukanlah khilaf yang muktabar. Khilaf yang berlaku antara Ahli Sunnah dengan Syi'ah Rafidhah boleh diumpamakan sebagai khilaf antara Islam dengan Nasrani. Tidak waras bagi yang mengatakan Islam perlu berbaik-baik dengan Kristian dengan anggapan Islam dan Kristian sama-sama adalah sebuah agama.
b
Kelima, kami menganggap akidah Faisal Tehrani adalah Syi'ah Rafidhah Itsna 'Asyar Imamiyyah. Anggapan kami ini berdasarkan kajian kami menerusi tulisan-tulisannya sendiri. Kita boleh menghukum seseorang itu berdasarkan perkara-perkara zahir sebagaimana kita menghukum seorang kafir itu sebagai Muslim kerana dua kalimah syahadahnya. Adakah kita tidak boleh menghukum seseorang yang mengatakan 'saya kufur dengan Allah' tanpa sebarang ugutan dan desakan dengan alasan wujud kemungkinan ia masih beriman atau 'Allah' yang dimaksudkan itu adalah Allah bukan Tuhan yang difahami oleh ahli tauhid?
a
Selain itu, Syi'ah mempunyai pegangan taqiyyah yang memberi ruang kepada mereka untuk menyembunyikan kepercayaan mereka. Dengan taqiyyah, mereka dapat menafikan bahawa mereka adalah Syi'ah dan kami merasakan bahawa Faisal Tehrani sedang bertaqiyyah. Dengan taqiyyah inilah, Faisal Tehrani mampu menipu sebahagian besar umat Islam.
b
Keenam, isu Abu Thalib itu adalah isu masyhur antara Ahli Sunnah dengan Syi'ah. Ahli Sunnah mengatakan Abu Thalib kufur manakala Syi'ah mengatakan Abu Thalib orang beriman. Jadi, kami Ahli Sunnah berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah. Usah meragukan kami.
n
Ketujuh, kami tidak menolak kemungkinan saudari, Nur Khadijah adalah seorang Syi'ah.
b
Kelapan, tidak semua Syi'ah adalah kufur kerana Syi'ah mempunyai banyak pecahannya. Ada Syi'ah yang terkeluar daripada agama Islam dan ada Syi'ah yang masih Islam bahkan ada Syi'ah yang benar-benar hampir pegangannya dengan Ahli Sunnah seperti Syi'ah Zaidiyyah.
a
Semoga masyarakat awam tidak bingung dan pening dengan perbahasan ini. Insya-Allah akan kami bentangkan jalan kami dalam menghadapi dunia kesesatan ini dalam artikel-artikel kami yang mendatang sebagai satu usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Syi'ah.
a
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan