Rabu, 15 Disember 2010

Jalan Ini

Aku melangkah,
Setapak demi setapak,
Langkah demi langkah,
Menyelusuri sebatang jalan.

Jalan ini,
Jalan yang kupilih,
Sedang jalan lain kutinggalkan,
Aku pilih jalan ini,
Hanya jalan ini yang kupilih,
Jalan abdi kepada Tuhannya,
Jalan umat kepada rasulnya,
Jalan anak kepada orang tuanya,
Jalan ulama kepada murid-muridnya,
Jalan panglima kepada bala tenteranya.

Jalan ini jalan yang payah,
Kukuatkan tekad, jangan goyah;
Jalan ini jalan yang sukar,
Kugagahkan semangat, hatiku terbakar!

Mara dan terus mara,
Mara melalui jalan penjara,
Terus-menerus jangan berhenti,
Jangan berhenti sehingga mati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan