Sabtu, 25 Disember 2010

Di Kota Amman

Di kota Amman,
Di sebelah Masjid Hussain,
Di bawah satu bumbung,
Kedai kitab berselerakan,
Dari lapis bawah tanah hingga lapis teratas,
Kitab-kitab mendiami rak,
Rak-rak berkampung di sisi dinding,
Di sini dunia kitab!

Tiba-tiba azan menggema,
Insan-insan mula melangkah keluar,
Sama-sama menyahut seruan itu,
Hidup ini suatu pengabdian.

Di kota Amman,
Di sebelah masjid itu juga,
Di bawah bumbung itu juga,
Beberapa manusia masih enggan berganjak,
Masjid selangkah itu bagai sebatu jaraknya,
Kitab agama bertukar menjadi buku biasa,
Tanpa silu ia masih asyik membilang jari,
Sedangkan kitab-kitab itu sedang mengumpatnya,
Terkadang ingin cepat-cepat dibeli,
Agar berpindah milik pada tangan alim berketayap,
Bukan tuan kedai kitab yang tidak pernah kenal isi kitab!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan