Isnin, 27 Disember 2010

Dari Hati Kecil Kami


Aku tunduk ketika berjalan bukan kerana aku tidak sudi memandang wajahmu; akan tetapi aku takut aku akan terpegun dengan keindahan wajahmu sedangkan aku tidak punya sesuatu untuk memilikinya.

Aku enggan berbicara denganmu bukan kerana aku tidak suka kepadamu; tetapi aku risau kalau-kalau suaramu akan menggetarkan kalbuku tanpa aku mampu menahannya.

Aku tidak cuba merapatimu bukan kerana aku tidak ada hati kepadamu; tapi aku takut hati itu akan jatuh kepadamu sedangkan engkau tidak sudi menyambutnya.

a
Tambahan: sesungguhnya Allah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya supaya menundukkan pandangan daripada memandang perkara-perkara yang haram. Perkara-perkara yang haram itu termasuklah memandang aurat. Takrifan aurat -menurut kami, al-Kutawi- adalah bahagian-bahagian tubuh yang haram didedahkan atau tidak diharuskan untuk dilihat oleh orang lain. Justeru, orang yang beriman itu akan menjaga pandangannya daripada memandang perempuan walaupun yang menutup seluruh badannya kerana wanita itu adalah aurat bagi pandangan lelaki.
a
Lanjutan dari situ, lelaki-lelaki soleh -semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan mereka- akan cuba menundukkan pandangan mereka daripada memandang perempuan. Perbuatan yang dinamakan 'ghadhdh al-bashar' ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan dan nafsu syahwat. Berapa banyak rumah tangga yang musnah disebabkan pasangan mereka jatuh hati dengan orang lain disebabkan mereka tidak menjaga pandangan mereka?!
a
Selain itu, lelaki-lelaki soleh -ya, semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan tersebut!- juga bimbang kalau-kalau pandangan mereka jatuh kepada perempuan-perempuan solehah yang cantik sehingga hati mereka pun turut jatuh kepada perempuan-perempuan tersebut!
a
Mereka bimbang perasaan cinta itu lekat pada hati mereka dan memaksa mereka mencari jalan untuk bersama mereka -secara halal- sedangkan mereka tidak mampu dan takut jikalau cintanya tidak disambut. Ekoran dari situ, mereka pun cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan semua punca kepada rasa cinta tersebut terutamanya pandangan mata. Begitulah yang cuba disampaikan dalam sebuah dendangan nasyid:
a
Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti.
a
Perjalanan yang suram ini
Ku menjauh, daripada ku teruji
Apa yang tidak pasti.

a
Mungkin ramai perempuan yang tersalah anggapan menyangka mereka terlalu sombong atau terlalu keras dalam beragama. Sebagaimana yang telah dijelaskan, mereka sebenarnya hanya ingin menjaga diri mereka daripada fitnah wanita yang dapat menjerumuskan mereka ke dalam kemasiatan. Malah, sebenarnya, mereka sangat sayangkan perempuan dan ingin meluahkan rasa hatinya kepada mereka. Akan tetapi, perasaan cinta dan sayang itu tidak dapat disalurkan melainkan dengan jalan fitrah iaitu perkahwinan sebagaimana yang sedia dimaklumi bahawa tidak ada cinta yang sejati kecuali dengan melalui gerbang rumah tangga.
a
Semoga kita sama-sama memelihara dan memulihara mata kita daripada fitnah ini. Semoga anak-anak perempuan Adam -'alaihissalam- mengerti dan tidak terasa hati. Semoga jalan ke gerbang rumah tangga itu dilapangkan Tuhan untuk dilalui. Semoga kita dipelihara Tuhan daripada dosa dan noda dunia; selain mengampuni setiap ketergelinciran semalam, esok, dan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan