Ahad, 26 Disember 2010

Aku Bertanya Angin Lalu


Aku datang membawa cerita,
Semalam angin sejuk menerpa,
Tak kuat sangat hanya sejuk biasa,
Aku berpaling menoleh muka,
Bertanya awan 'dari mana bersua?'
Jawabnya, aku kawan dari utara,
Aku menyoal, apa khabar dengan di sana?
Jawabnya, mereka baik-baik saja,
Cuma, mereka kalut memaksa,
Supaya aku ke mari segera,
Cepat-cepat melalui pekan kota,
Pekan Mu'tah di selatan Yordania,
Tanyaku, apa sebabnya itu semua?
Jawabnya, selepas aku giliran mereka,
Giliran apa? Aku menyoal pula,
Giliran bermain dengan manusia,
Aku bingung, apa maksudnya?
Haha, tidak esok mungkin lusa,
Mereka datang bawa bencana!
Dengarlah nasihatku sepatah dua,
Semoga manusia tidak lupa,
Bertaubat sebelum datang masanya,
Masa kembali kepada Pencipta,
Orang Arab dan orang Malaya,
Konon sahaja pelajar agama,
Tapi dunia bagaikan syurga,
Air Amerika penghilang dahaga,
Mulut selalu mengeji mengata,
Orang itu jahat orang itu celaka,
Solat isyak di rumah sahaja,
Dengar lagu bodoh sia-sia,
Buang masa tengok cerita,
Ada kitab tidak dibuka,
Kecuali masa dekat periksa,
Apakah ini wahai manusia?
Ya Tuhan, aku terpinga-pinga,
Ampunilah dosa-dosa segala,
Ketika cerah atau ketika gelita,
Yang orang benci atau orang suka,
Bersyukurku atas alamat dan tanda,
Tanda amaran supaya bersedia,
Tidak lama lagi ada huru-hara,
Sama ada betul atau karut katanya,
Bersedia mesti dan wajib adanya,
Huru-hara itu bukan ribut semata,
Tidak hanya kiamat di hujung dunia,
Mati juga huru-hara memakna,
Dan siapakah dapat tepat meneka,
Hari ini, esok, lusa, atau bila?
Kita mati tercabut nyawa,
Di dalam syurga atau neraka,
Aduh, aku takut dibakar diseksa,
Aduh, aku kembali kepada-Nya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan